REBEL

Akhirnya semalam aku berjaya keluar, ALONE!
owyeah! oleh kerana mak kata aku tak payahlah balik so mak telah izinkan aku keluar. bukan senang nak minta kebenaran woo. kena lalui prosedur yang rumit! haha.

~A loner~

(note: bukanlah itu bermaksud mak tak sudi melihat wajah aku yang not bad ni (dush!) hey, im her daughter, ok. tapi sebab mak tak nak aku dilanda demam because normally kalau aku balik = penat = demam. well, naik kenderaan awam la katakan, maunya 6-7 jam baru sampai! tapi aku rasa macam nak jugak balik la sabtu ni sebab mak demam, plus abah pun warded. so, macam nak jugak balik even kerja melambak! (kalau longgok kat pasar malam, gerenti tak de sapa mau beli!). duh, dah la balik kena ikut Seremban. jauh tu jangan cakap la. tapi itu kira ok la lagi. masalahnya sorang-sorang. dah la tak pernah. rupa pekan tu pulak jauh bebeno kalau nak dibandingkan dengan Mid Valley tuh! adeh!

ok Adila, sila gostan kerana kamu dah jauh membebel. 

ehem, semalam aku keluar kira-kira pukul 9 pagi (mak abah pesan keluar awal, balik awal. baik mak abah!). sampai aje kat bus stand ada Rapid. mak pesan suruh naik 6z aje. tapi macam lambat la pulak, so terus aku naik Rapid. then sampai komuter, beli tiket dan tunggu train pulak. tapi tak la terlalu lama. sampai aje train tu, aku terus masuk koc wanita. tak la pink warnanya. penat aje aku berangan nak naik koc warna pink. ape-ape aje la. yang penting aku dapat naik train sudah. ahha, time dalam rapid & train, aku kol mak lagi. dia kan risau aku sorang-sorang. actually seronok jugak keluar sorang ni. macam bangga pun ada. ahaks! (sampai bila nak mengharap pada orang lain kan..)

Candid
then aku tiba di Mid Valley lebih kurang pukul 10.40. ramai jugak orang yang keluar train time tu dan nampak macam kelam kabut nak masuk Mid. macam ada pertunjukan Angelina Jolie la pulak. sampai aje dalam Mid tu, aku tengok kedai-kedai ada yang dah dibuka, ada yang sedang dibuka dan ada yang belum dibuka. lalu aku plan betul-betul perjalanan aku ni (Mid tu besar ok. so kalau tak plan, maunya sesat ke ceruk mana aje).

Nobody but me. ok, yeah. it's toilet! :P 




Tempat pertama yang aku singgah ialah MPH - salah satu favorite spot aku selain daripada farmasi. time aku masuk, air-cond tak dibuka lagi. so just imagine betapa bahangnya aku rasa time tu. aku pun terus terjah PC kat tiang tu, cari lokasi buku The Interview Kit. ok, ada kat area Business Management. cari punya cari aku tak jugak jumpa buku tu. pusing MPH tu dah dua tiga kali, tapi tak jugak nampak. para pekerja yang berdedikasi pada pagi hari pun tengok aku dengan pelik agaknya. muka cam poyo aje dok ke hulu ke hilir kat area Business, Economic dan jugak Architcture. haha! lantak la, bukan aku mencuri pun kan. usha punya usha akhirnya jumpa jugak buku yang relate kepada Interview ni. tapi bukunya tak ada la pulak. so aku decided untuk cari yang seangkatan dengannya. yang paling penting within my budget maa!

~Some~
Lepas buang beberapa kalori dalam MPH, aku pun masuk Jusco. tengok la beberapa barangan peribadi termasuk blouse. berkenan betul aku dengan blouse tu. kalau mak tengok mesti dia suka pasal dia memang suruh aku pakai longgar dan labuh punya attire ni. so aku pun beli. kalau ikutkan hati, nak aje aku amik lima pasang yang berlainan color. tapi nasib baiklah aku sedar tahap kemiskinan diri. so amik satu aje la. kasut pun tak beli lagi. haish, lagi satu masalah yang kerap kali berlaku. selalunya kaki aku ni susah sangat nak dapat saiz (normally 9). tengok design kasut punya la lawa. tapi size pulak takde. sume brand dah aku usha, especially Carlo Rino. peh, discount tu. but unfortunately, no size for me. huhu, apa nak buat.. aku pun angkat kaki, keluar dari Jusco yang permai tu.

Kali ni, aku round-round lagi. tiba-tiba terfikir pulak Momoe. haa, salah satu gerai favorite aku tu. sampai aje kat sana, muzik ala-ala disco bergema. syok seh. walaupun aku ni bukan type yang suka clubbing, tapi sekelumit dalam diri aku ada jugak keinginan nak ziarah tempat gitu. ngiahaha! tapi nak wat macamana, mak abah tak pernah ajar aku beriadah kat tempat gitu. so dengarkan aje la muzik yang ala-ala tu. hehe. ok, kat Momoe aku berjaya rembat satu kasut. 

Lovely!
cute, kan? inilah taste aku. nampak unik dan lain daripada yang lain. aku tak suka sama. kalau boleh dalam dunia ni biar aku sorang aje yang ada. amacam? baik punya perangai ha? hehe! dah dapat kasut, mesti kena ada stokin. so aku pun singgah jap kat Sox World. beli la stokitn chumel yang 5 = 10 hinggit tu. ehem, sejak akhir-akhir ni aku rasa macam nak pakai stokin jek. nak tutup kaki. macam yang mak abah selalu cakap, kaki kan aurat. kenalah pakai stokin. bukan tu aje, abah lagi suka kalau aku pakai jubah dangan tudung labuh. ala-ala mak aku la kan. aku tak kisah sebenarnya diaorang kata gitu. suka lagi ada la sebab at least ada orang sayangkan dan amat perhatian terhadap diriku ini. hehe! cuma sebelum ni aku sengih aje tiap kali diaorang kata gitu. "tunggu sampai seru la mak abah" (dush!) InsyaAllah, mungkin sat hari nanti aku akan jadi macam yang mak abah nak. cuma yang penting sekarang mak kata tudung jangan tinggal, pakai baju tu biar tutup punggung, bla bla bla. aku siap kata lagi, "kalau ketat sikit tak pe kan mak?" :D

lepas dapat stokin, aku pergi farmasi jap, beli la beberapa barang keperluan yang tak ada kat kedai asas kolej. pastu MAKAN TIME! mula-mula nak makan kat Laksa Shack. tapi jenuh aku cari kedai dia. tak ada jugak. dah tutup ke ape? Belanga pulak penuh. time lunch hour memang sesak. kiranya Mid ni walaupun weekdays sama aje macam weekend. ramai orang. lastly aku decided nak makan kat KFC je sebab kat McD panjangnya queue tu tiga empat kali ganda daripada KFC. huh, wat ponat den ajo!

Snack Plate + Cheesy Wedges (baik, esok aku diet balik. mwahaha!)

dah makan, aku pun pergi surau jap. huh, kalaulah dapat tidur time tu..gerenti aku berdengkur sampai pecah gegendang telinga orang kat sebelah aku. haha, penat weh! air cond pulak masyuk..hai...
selesai solat, aku masuk Jusco lagi. kali ni nak cari barang 'dapur' pulak. aha, tengah-tengah usha, ada makcik tu tanya aku, "cik ni dah kahwin ke belum?" haih? pelik aku. mentang-mentang la aku dok perati susu tepung. dia hengat aku nak beli untuk anak le tu! huahua suka suki jek. rugi aku tak kata aku dah kahwin! :D

A guy asked me "akak kerja kat Jusco eh?" just because i prefered that shopping bag rather than plastic bag!
settled beli barang, aku call mak. ni part yang paling aku suka!
 (harus disingkatkan perbualan ini.heeee!)

"dah beli barang?"
"dah"
"kasut?"
"dah"
"beli berapa?"
"satu"
"laa, belilah dua ke..nanti tak payah keluar lagi nak cari kasut"
"ye ke mak"
"iye.."
"yahoooooooooo!!"

ngiahahaa! aku rasa macam nak lompat aje! mak suruh beli dua seh! apa lagi, niat yang asalnya mau ke pintu gerbang keluar, aku cancel! haha, terus usha kedai kasut lain. Bata, Vincci tak ada yang menarik. last-last aku usha Carlo Rino. then aku jumpa kasut yang sama. but still tak de saiz, melainkan yang lagi satu design. so, apalagi. demi menyahut seruan mak, aku pun rembat satu lagi kasut! haha, what a damn good day huh?!!! owyeah!

Too simple yet too comfy!
so, kasut pun dah dapat. masa untuk balik sebab it was almost 3.30. i promised to mak that i'll be going back around 3.00.hehe! and as a conclusion..i really enjoyed every second when i was there. and for some reasons, i think shopping alone is much better and even easier because everything is under my control. waaaah gitu! and guess what, my mom said "ok" when i asked her about shopping with just me and myself again. owyeah! i like!

~pheww~