COUPLE

dear diary, pehal tiba-tiba aku post pasal bab couple ni, ha? huhu, mungkin sejak akhir-akhir ni aku perhatikan pada zaman yang serba canggih manggih ni, ramai orang yang dah bercintut atau dalam bahasa Inggerisnya, bercouple. budak sekolah yang cinonet  pun dah pandai nak couple. tengok saja la dekat mall, adeh... siap pegang tangan lagi! tak padan dengan kecik! kadang-kadang bila aku tengok, terasa macam andartu pulak! padahal baru 22 plus plus beb! haha, mintak dijauhkan la walaupun semenjak dua menjak ni aku semakin mengagumi kata-kata cik puan Stephanie Osfield tu. rasa enjoy pulak bila tak de apa-apa komitmen dalam bidang tuuuut.

nak nak lagi bila ada member yang mengadu sakit hati dengan kechurangan boypren la, chemburruw la, boypren tak caring la, boypren dok pinjam duit a.k.a kikis harta benda la, duit loan habis semata-mata untuk boypren la, terpaksa kerja part-time sampai jauh malam kerana nak cari duit tambah bantu business boypren la dan bla bla bla. padahal kat belakang, boleh pulak boypren dia dok usha orang lain!

haish, apa motifnya kalau macam tu hala tuju hubungan yang dijalinkan? lagi satu, kalau kedua-dua mak abah tau dan redha tak pa la jugak. tapi kalau sebaliknya? alamak tak ke menghabiskan airmata namanya? (iya, aku agak pessimistic dalam bab-bab begini!) bagi sesetengah orang, mungkin itu boleh dianggap sebagai pengalaman yang akan mendewasakan diri. tapi bagi aku, tak ada hal lah macam ni. ok what? telefon aku berdering aje hari-hari bila mak abah call aku. tanya khabar aku. so? apa masalahnya menjadi begini? dan terima kasihlah banyak-banyak. aku tak sanggup nak hadapi keadaan macam tu. nanti frust menonggeng, study ke mana dan satu apa pun tak guna. asyik nak terkenang-kenang, terigau-igau si boypren yang confirm dah lari dan bahagia dengan penemuan terbaru dia. so jawabnya hai hai bai bai la (50% true. tuuut! off the record please! ngiahaha!).

sebagai seorang manusia yang berjantina normal, tipu la kalau aku katakan tak ada feel langsung towards that kind of relationship. aku straight, ok. so memang ada terfikir jugak la. kalau tak, tak ada la aku boleh berangan nak couple at least dengan Daniel Henney or Richard Kevin, ahahaha! mungkin sebab aku ni demand agak tinggi hingga ke langit ke tujuh kot. atau dengan kata yang lebih mudah, aku ni choosy! (tu pasal masih tak layak untuk tukar status in a relationship dalam Facebook macam orang-orang lain kan. tuuut! hehe!) so jawapan yang standard bila ada yang tanya soalan cepu emas ialah: 
"saya masih tak jumpa yang berkenan di hati sampai la ni"
even ada aku rasakan beberapa hint misteri dan terpana yang telah menyentuh sanubari dan hati naluri nurani jiwa raga bakul rotan hati aku ni. tapi still, aku terpaksa ignore sebab memang tak ada feel tu. kalau ada pun sekadar "ye ke, eh tak mungkin le!". orang bina relationship ni kan berdasarkan konsep mutual exclusive ataupun hubungan bilateral iaitu bersaling. takkan sebab kesian kot. kang kalau tiba-tiba terjumpa yang tersesuai, hape nak jawab? 
"sorry, saya tak de niat nak termeninggalkan awak. tapi saya rasa saya tak tercukup terbaik untuk awak. saya harap awak akan terjumpa yang lebih terbaik daripada saya"
hadoi, pedihkan kata-kata macam tu? terasa macam nak tercekik je orang yang cakap macam tu. sedangkan perasaan dah tertanam sekian lama, namun secara tiba-tiba ianya harus ditimbus begitu saja? 


adoyai! bagi aku segalanya tergantung pada niat asal. cuba tanya diri sendiri, kenapa nak menceburkan diri dalam bidang percouplelan ni?

  1. saja suka-suka. just for fun. dah tak de game lain kat dunia ni. dah tandus segala macam jenis hiburan dan aktiviti yang boleh diceburi. so jalan terbaik untuk membahagiakan diri dan menghiasi masa lapang adalah dengan mencari ahwek, meluahkan kata-kata manis bak gula batu dan couple! simple kan?
  2. jealous tengok member lain. semuanya dah ada teman untuk berkongsi gelak tawa, sms sampai ke syuruk, dating hingga ke ceruk dunia. sedangkan aku? masih begini dan sendiri! tidak! aku mesti mencari! MESTI! then barulah boleh bertukar-tukar cerita dan kongsi pengalaman bersama mereka! selama ni asyik dengar je cerita mereka-mereka. bosan! i jealous tau!
  3. aku perlukan seseorang! seseorang yang boleh pimpin tangan aku ke jalan kebenaran, Islam dan Iman (ni dah macam ikrar time sekolah menengah aku ni, ahaks!). dan seseorang telah muncul secara tiba-tiba di depan mata aku. aduh, aku terpesona dengan keindahan ciptaan Tuhan ini. hanya dia saja yang membuat hati aku menjadi begini. aku ingin memilikinya. aku yakin. malah mimpi-mimpi tatkala lena dihiasi wajahnya, dirinya. haish, kena beritahu parents ni. pinang cepat-cepat. kalau tak melepas eden!
  4. entah, tak tahu. nak ke tak nak? tak nak ke nak? eh...!
aha, jadi mana satukah jawapan yang tepat? tiada talian hayat ye. hehe. bagi aku, aku pun tak tau. bhahaha! aku lebih senang dengan konsep buat dont know tapi lihat juga sekali sekala. sebab aku percaya qada' dan qadar. jodoh pertemuan ajal maut rezeki semua kan terletak pada ketentuan Allah. kalau ada, gerenti tak ke mana punya. hati pun dap dup dap dup aje. heee! so apa mau sedih-sedih kalau masih begini? haa, ni mesti kes tak sabar nak tukar status kat Facebook ye, mau share sama Facebooker yang lain? theehehe! tapi mesti ada yang akan berbisik begini:

"tapi kita sebagai manusia kenalah berusaha beb! mana boleh main tunggu aje, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang bawak terus sampai ke malam. ahahaha! (apa kena mengena ni?)"

p/s: tiba-tiba teringat kata-kata roommate yang telah menghadiri ceramah seorang ustaz. kata dia kan lebih kurang begini:

"umur kita ni makin lanjut, jadi cuba-cubalah mencari. jangan kamu menunggu aje. usaha itu tangga kejayaan"

"baik ustaz, hehe!"