DUHH....




seriously aku boring gila. duduk tepi tingkap, tengok bumbung, tengok awan, tengok pokok, dengar burung dok kicau-kicau(maybe borak pasal ketidaktergangguan mereka dek fenomena kenaikan harga minyak). adeh, boleh sakit leher aku macam ni. dalam hati ni ada jugak memberontak kata "baca buku, dila..tambahkan ilmu ko yang teramat dangkal tu". tapi jiwa pulak kata " alamak, rilek la dila, baru seminggu ape. kelas pun belum start lagik!". adeh, aku nak keluar sesangat je ni. dari malam tadi aku tahankan kehendak yang satu ni. boring la tak tengok dunia 'luar'. balik-balik pokok bumbung awan. pak kal lah aku malas nak mengadap Rapid yang penuh cam susun atur tin sardin cap ayam tu. itu belum masuk dalam train lagi, yang macam....! tapi bukan ke dah ada koc untuk wanita termasuk aku? aargghh! still aku tak mau. aku cuma nak kereta! itu aje. tapi nak kereta camne, lesen pun 'banned!'. umur dah 23 tapi lesen masih dalam wallet abah, haha what the cat!
plus, petang ni meeting. duhh..meeting meeting meeting. tak abis -abis meeting. lagunya tu jugak. yang datang pun nanti takat empat lima kerat tu aje la. yang lain? M.I.A. aku ke yang terlebih poyo sangat eh? mau sangat join club, setia kunun. meeting tak pernah missed. tapi nengok la orang lain camne? bengang seh. udah le nak pergi Fac kena jalan kaki dari Masjid tu. Gilo..memang gilo.. sebelum ni memang aku kata "i'll take it as a challenge". wah, bajet hebat la eh? adoi tak kena mood la. dengan keboringan camni, members pulak tak reti nak tunjuk muka time meeting, so what's the point?
ahha, aku baru teringat pasal briefing assignment Global Management. ha ni satu hal lagi. dah lame register, tiba-tiba pulak aku perasan yang subjek ni ada prasyaratnya iaitu wajib(kan senang kalau sunat aje hukumnya)ambil subjek International Business terlebih dahulu. hek elleh...awat tak habaq awai-awai?kalaulah aku tau, tak payah la aku register dulu. dah la setakat subjek elektif aje pun. tapi masalahnya aku dah terjatuh cinta dengan subjek ni daa. especially bila Lec tu mentioned about interviewing expatriate. peh, itu memang kesukaan aku la tu. expatriate(kepada aku, sila lupakan hajat expatriate tu selagi English ko tak improve!). duh, masalahnya tang presyarat tu la. besok kena naik pejabat la gamaknya, kasi confirm betul-betul. boleh atau haram? sebab aku tanya sama Lec tu kata dia "kiranya awak tak ikut aturan la ni. tapi kalau nama awak dah ada kat sistem, ok la. tak pe" fwaaaahhh that easy, huh? jangan bila dah nak exam dia baru terperasan kesesatan aku lalu di'drop'nya subjek tu. then tak cukup credit, then kena extend sem, then tak boleh grad!! gila punya kerja! FINAL SEM ni weh. elok-elok member dah kerja, kaya raya, aku masih kat U nak abihkan SATU subjek. memang kucing! so kesimpulannya, baik tanya.
tiba-tiba teringat pulak zaman KUIS dulu. awal-awal sem aje terus pergi office fakulti, then SALIN JADUAL YANG DIAORANG DAH TETAPKAN. kan senang, tak de la kelas yang clash la, masalah prasyarat la, blablabla. "tu la sapa suruh ekau tak nak sambung kat KUIS aje?" haha, too late la mau tanya itu soalan. lagi pun memang aku yang pilih untuk keluar pasal teringin tengok dunia 'luar'.
so now, nak sangat duduk dunia luar kan? hamek ko, daripada first until third year, tak sekali pun ko dapat beat pointer time kat KUIS dulu. hoho, wake up dila! INI ADALAH THIRD YEAR!. naikkan cgpa kalau berangan nak kerja kat MAS, ok? (level BI pun kena naik jugak, ini tidak, abis diploma masuk degree BI terus gagap. memang Kucing!)