JAWA

Aku adalah seorang budak(budak ke?) yang berketurunan Jawa. Baik belah mak mahupun abah. tapi kalau tak silap dua-dua belah tu bukannya asli Jawa pun sebabnya setahu aku kalau belah mak, Nyai(nenek) adalah melayu manakala Yai(atuk) adalah arab. kalau belah abah pulak, atuk(lelaki) adalah keturunan Baba Nyonya Melaka manakala atuk(perempuan - actually we used to call her atuk and dont ever ever ever ask me why and bla bla bla. hehe!) memang orang Jawa. tapi yang pastinya kesemua mereka memang bertutur dalam bahasa Jawa. so kalau tengok muka aku ni, mungkin macam tak tentu hala kacukannya. ada sedikit sentuhan Baba Nyonya, Arab, Melayu dan yang pastinya Jawa. so ada la iras-iras Ning Baizura gitu. kalau nak melampau lagi, mungkin kelihatan seperti Sofia Jane. sila geleng sebanyak 1001 kali, bhahaha! Pernah satu ketika dulu aku malu sesangat nak mengaku aku ni budak Jawa. tak tau kenapa, aku rasa satu bumi akan gelakkan aku sebab aku ni keturunan Jawa. tapi yang bagusnya sekarang tak lagi. malah aku bangga pulak dengan darah keturunan Jawa yang mengalir dalam diri aku ni. Sebabnya?:

1. makanan. orang selalu kaitkan belacan dan tempe sebagai makanan orang Jawa. aku adalah peminat setia sambal belacan dan kalau satu hari tak dapat sambal belacan memang akan rasa dull saje. tempe. kalau makan nasi dengan tempe goreng cecah sambal belacan pun jadilah.

2. bahasa Jawa yang menarik. ada sedikit kuman bangga dalam diri aku ni sebabnya aku faham dan boleh bertutur serta menulis dalam bahasa Jawa. terima kasih daun ketapang buat mak, abah yang suka betul cakap bahasa Jawa kat rumah. so walaupun tak pernah diajar, tapi lama kelamaan jadi terbiasa dan terfaham pulak.

3. kebaya. bagi aku kebaya Jawa ni memang tiada tolok bandingnya. unik dan tersangatlah cantik especially kalau yang betul-betul ikut bentuk badan. fuh..memang smart! tapi, sekarang aku rasa belum sesuai pakai kebaya begitu dek kerana badan yang seperti dipam-pam sejak beberapa tahun ini. haha! tunggulah lagi tiga ke lima tahun. tuuuuuuttt! by the way jikalau ada sesiapa yang mahu sponsor Mary France Bodyline ke...here i m, hehe pasti aku akan mengahwininya!(dush!!). ini adalah contoh kebaya yang paling aku berkenan. rasanya time TU nanti aku akan tempah yang 98.76% macam ni.


hehe! smart,kan?(pic diambil dari http://brunei.candidsyndrome.com/)

4. adat Jawa. yang ini aku tak pasti kesahihannya. tapi setakat yang aku tau orang Jawa ni very friendly(aku tak la friendly mana pun!)dan sangat meraikan tetamu yang datang. kalau kat rumah atuk dulu pantang ada orang datang. mesti disuruh ke dapur dulu jamu mereka dengan makanan yang ada. tak kira la cikai mana pun lauk tu. yang pastinya memang akan disuruh makan. lagipun, setakat ni tak ada lagi aku tengok adat atau amalan yang pelik-pelik dan rumit. jadi, kerana itu jugalah mak suruh aku cari ORANG JAWA. huhu, tak semudah itu mak bab cari mencari ni!

5. kucing. alasan ni memang tak ada kena mengena sangat pun. tapi yang pastinya kucing di bawah ini kelihatan agak tinggi dan sensasi jika nak dibandingkan dengan tikus. hehe!



waduh, weteng ku kok ngeleh yo?! :D