SENGAL

i just know nothing!
makin lama makin menjadi-jadi kes BUANG BAYI LAGI nih. kempen sana sini. iklan dok terpampang hari-hari. tapi masih jugak berlaku. apa la nak jadi, ha? cukup-cukup la terpalit noda-noda hitam tu. apasal pulak nak tambah yang lain? iya, aku memang tak superb bab-bab hukum dan aku juga langsung tak sempurna sepenuhnya. tapi sekurang-kurangnya fikirlah betul-betul. jadi waras. kalau pun kau pemurah sangat nak bagi anjing makan, takkan sanggup bagi darah daging sendiri? budak tu tak tau apa-apa weh!
buntu? sebab si jantan tak mahu bertanggungjawab? takut? sebab kalau family tau gerenti kena halau rumah? atau dah memang already dihalau? then tak tahu nak buat apa? duit tak ada, nak sara anak? so jalan paling bernas adalah dengan membuang saja di mana-mana. aku kadang-kadang terfikir jugak. macamana la cara dia melakukan kerja tu eh? ok, let say:
  1. setelah beberapa purnama, period tak datang. alamak ape hal ah?
  2. mula risau. jadi ke ek? aduh, mati aku!
  3. buat pregnancy test sendiri (baik-baik, jangan sampai kantoi!)
  4. sah! jadi. macamne ni?!
  5. beritahu boypren yang tak guna satu sen tu (note: sedarlah, lelaki yang betul-betul baik tak akan sanggup nak sentuh awek dia pun, tahu?)
  6. boypren terchenta la kununnya tak nak bertanggungjawab. siap kata lagi "u sure ke tu i punya?"
  7. mula meroyan, buntu! tolong...! (bagi yang cepat dan cekap, cepat-cepat cari doktor. mau kasi gugur itu kandungan. kengkadang boypren sanggup sponsor kos pengguguran lagi you! wah, caring betul! memang calon menantu mak yang tepat!)
  8. yang takut nak gugurkan biarkan saje la. yang penting simpan elok-elok. baju pun besar. mesti boleh sembunyi punya!
  9. aduh, tiba saat nak melahirkan? camne ni? pergi hospital? haru nanti! aduh, teruskan perlarian!
  10. ok, dah jumpa dah tempat yang sesuai iaitu di toilet usang. orang pun tak de, mesti selamat ni!
  11. uwek...uwek...uwek... fuh, lega.. selamat sudah. pandai jugak jadi bidan untuk diri sendiri ni. tapi masalah lagi. kat mana pulak aku nak parking baby ni? nak flush, macam zalim sangat la pulak.
  12. ah tak pe, small matter! kasi bungkus elok-elok. letak kat tepi surau ke, kedai ke.. mana tau ada orang baik-baik mau amik then jadikan anak angkat. haa senang cerita!  (itu kalau hidup, kalau mati? kau jadi PEMBUNUH tahu??)
macam tu ke apa yang mereka-mereka fikirkan? aduhai! manusia-manusia. tahu tak, kat luar sana berapa ramai orang yang dok berharap agar dikurniakan anak? bertahun-tahun nikah tapi masih tak de rezeki (Allah menguji mereka). tapi kau senang-senang aje buat gitu. tak terlintas ke bahawa apa yang kau lalui tu sebenarnya satu petanda. petanda yang Tuhan nak kau renung balik apa yang kau dah buat. petanda untuk kau bersihkan balik diri kau yang sememangnya istimewa tu? (ya, manusia tak sempurna tapi setiap manusia dianugerahkan kelebihan dan keistimewaan). tapi jika diberitahu begitu, pasti ada yang akan kata begini:

"kau tak kena, memanglah senang nak cakap. bersyarah macam orang alim pulak"

itulah dia. manusia. dah buat salah, bila ditegur jadi melenting pulak (even aku pun kadang-kadang hangin bila ditegur - tu pun kalau tak kena pada tempatnya la)

apa pun jika dah terlanjur, family pun tak nak terima apatah lagi boypren keparat tu, kau carilah tempat perlindungan yang sudi terima kau. bina hidup baru. jangan kau tambah lagi noda-noda hitam yang pastinya akan membuat kau menyesal satu hari nanti dan jangan sampai anak kau sendiri tak nak mengaku yang dia pernah duduk dalam rahim kau sebab kau dah buang dia macam sampah satu ketika dulu.

p/s: sila lawati laman INI untuk informasi berguna. sharing is caring, kan?