MAAFKAN

tengah syok dengar lagu Daniel Beddingfield - If You Are Not The One, tiba-tiba henpon menggigil dan menjerit-jerit akan lagu si Frankie Valley - Cant Take My Eyes Off You (pehal aku macam nak promote lagu nih?). oh mak call!

"hello maaak!"
"hello anak mak" hiks!
"mak kabare?"
"waras aje. demam ke? kenape senyap aje?"
"eyh, tak la. dila ok je. nape? suara macam sengau ek? mak sehat dah ke?"
"a.ah, mak ingat awak demam. senyap aje tak tepon-tepon. mak sihat dah"
"oh, lupa. tengah buat proposal. kerja banyak sangat la mak. dila pun tunggu mak tepon dila. tak tepon-tepon pun. ehehehe!"
bla
bla
bla
bla
bla
"nak cakap dengan abah tak"
"a.ha boleh jugak"
"jangan lupa ucap kat dia. semalam bape hari bulan? dia tunggu-tunggu jugak awak tepon"
"hah? astaghfirullah al azim! aduh, dila betul-betul lupa! sorry sangat-sangat!!" (honestly, aku memang tak ingat langsung! padahal dua tiga hari sebelum ni aku dah aware dengan kalendar sebelah meja aku!!)
"hallo assalamualaikum!" (abah ku!)
"hello, abah! selamat hari jadi! sorry sangat-sangat! dila lupa. tak ingat langsung malam tadi!"
"ahahahaha! (abah memang gelak eh). orang tunggu-tunggu, kok tak tepon-tepon"
"alamak sorry la abah, dila betul-betul lupa. tak ingat. ala, abah pun kadang-kadang lupa aje hari jadi dila!" (hehe, abah & mak memang selalu aje lupa. selalunya aku diamkan aje. kadang-kadang sedih jugak tapi lama-lama dia akan tau dan tang-tang tu jugak aku mintak macam-macam! haha, tapi selalunya aku  mintak makanan yang sedap-sedap aje la.)
bla
bla
bla
bla
bla
"jangan lupa makan nasi tau. berat abah turun dah. dulu 86 sekarang 75" (alhamdulillah. cheh, aku pulak yang makin menchubby sekarang ni! actually abah tau aku malas makan nasi sejak akhir-akhir ni. tapi aku tak bagitau dia yang semalam aku balun nasi dua kali!hamek ko!)
bla 
bla
bla
bla
bla
"ok, nanti kim salam kat mak eh. assalamualaikum"
shorry!

lepas aje cakap dengan abah&mak aku termenung kejap. ya, Allah! macamana la boleh tak ingat birthday abah? padahal sebelum-sebelum ni aku ingat aje! malam tadi pun aku memang ada tergerak nak call abah&mak. tapi asyik dok tangguh sampai aku tengok jam pun dah hampir pukul 2 pagi woooh! walau pun sebelum-sebelum ni adakalanya abah&mak terlupa nak wish birthday aku on time tapi aku tak de la nak kata diaorang tak sayang aku la. terlalu sibuk hal kerja la (macam yang kat drama tu, yang jadikan itu salah satu sebab anak terjebak dengan gejala sosial, maksiat dan jenayah!). hey, aku kenal diaorang,ok! kalau tak sayang;
  • tak de nya aku dok berbelog sampai tak hengat dunia macam sekarang ni!
  • tak de nya aku sehat dan seperti dipam-pam macam sekarang ni. ahahaha, kasih sayang dan perhatian diaorang cukup membuatkan aku kembang sana sini. ngiahaha!
  • tak de nya aku jumpa kawan-kawan aku sekarang
  • tak de nya aku belajar sampai peringkat ni
  • tak de nya aku dapat panggilan hampir setiap hari daripada diaorang, tanya khabar aku, makan minum aku
  • tak de nya aku diwajibkan  melaporkan perkembangan terkini jika aku berada di luar kawasan kampus
  • tak de nya setiap bulan diaorang beritahu "abah dah masukkan duit dah". (on time, macam standing order tu!)
  • tak de nya aku tutup aurat (walaupun sekarang ni tak se-proper mana), pasal (terus terang) cita-cita dan minat aku langsung tak sama dengan apa yang dah dan sedang aku buat! tapi berkat nasihat dan tunjuk ajar diaorang dari aku mula lihat dunia sampai la ni, sentiasa buat aku ingat apa agama aku sejak pertama kali mak lahirkan aku!
  • tak de nya aku bergenang airmata (adakalanya menangis!) sebab abah&mak tak bagi aku jalan-jalan dengan kawan-kawan. (aku tak akan melawan sebab aku percaya naluri abah&mak lebih kuat, dan pasti ada hikmah disebaliknya!)
  • dan banyak lagi tak de nya kalau aku nak list....
ohho, tiba-tiba aku sedih dan rindu sangat-sangat-sangat-sangat kat abah&mak. 

abah, maafkan dila ye sebab lupa nak ucap selamat hari jadi kat abah. bukan bermaksud dila tak sayang, tapi dila memang betul-betul lupa. dahlah tak dapat balik rumah, ucap pun boleh lupa! maafkan dila ye sebab seolah-olahnya kerja lagi penting daripada abah&mak. bukan macam tu maksud dila. tapi dila memang betul-betul tak ingat. maafkan dila ye.

ok, sempena hari jadi abah yang ke 53 ni, dila doakan abah (juga buat mak kerana bagi aku mereka adalah SATU. mereka adalah satu-satunya ALIHABSHI aku) akan sihat selalu, dijauhi daripada segala penyakit, mara bahaya dan kesusahan. semoga Allah akan sentiasa memurahkan rezeki, memberkati hidup abah dan semoga abah panjang umur serta bahagia hidup di dunia dan akhirat. buat masa ni dila tak boleh bagi abah kemewahan lagi. Insyaallah, satu hari nanti andai dila dah kerja, dila nak bayar balik segala jasa (walaupun tak akan terbayar sampai bila-bila pun! in fact abah&mak selalu tegaskan yang dia bukan nak harta benda aku, tapi kejayaan dan kebahagiaan aku!) yang abah dah curahkan sepanjang dila hidup kat dunia ni.

(ikhlas daripada anakmu yang selalu buat silap namun sentiasa dimaafkan oleh kalian)

p/s: sob sob sob, nak balikkkkkkkkk! :(

nota kaki: i think i need a Blackberry in order to stay alert with abah&mak's birthday as well as my own birthday. ahaha, citcit pooooooodaahh! (dush!)