MIMPI YANG RAPIK

it's just a dream!


Beberapa malam sebelum ini aku telah ter(ber)mimpikan dia. 
mimpi yang menunjukkan seolah-olah aku tidak lagi memegang kata-kata cik puan Stephanie Osfield itu. 
mimpi seperti aku sudah bersedia untuk ke arah itu. 
mimpi yang kelihatan seperti aku mahukan komitmen itu.
mimpi yang mengatakan dialah orangnya!

namun 
yang realitinya adalah sebaliknya
jauh sekali seperti yang disangka-sangka
tapi tak mengapa
kerana aku tidak bersedia
dan sememangnya tidak mahu bersedia
jauh sekali merebut dia

ah, itu hanya mimpi belaka!
mainan tidur
mungkin aku yang terlalu banyak berfikir
dan memikirkan dia sejak akhir-akhir ini
mungkin juga ini adalah gangguan syaitan 
yang mahukan aku lupakan tanggungjawab aku pada sang Pencipta

ini bukan aku
ini bukanlah diri aku
aku harus melupakan dia
iya
aku harus melupakan dia
dan ini adalah aku
aku yang aku panggil aku


pheww~