SAYA CANTIK!

Siapa rasa diri dia cantik? Sila angkat tangan! Wah, 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10...60. Bagus, kerana anda yakin dan percaya bahawa anda cantik. Ini bukan soal masuk bakul angkat sendiri ke, perasan ke, hidung tinggi ke, apa ke eh. 

Sebenarnya semua yang Allah cipta itu cantik. Cuba perhati betul-betul setiap inci tubuh dan anggota badan depan cermin. Cantik weh. Seriously! 

Kesemuanya nampak begitu synchronize, harmoni dan sesuai di antara satu sama lain. Tak kira la kembang ke, kemek ke, sepet mahupun bundar. Betapa Allah itu Maha Bijaksana,kan? Aku akui yang aku ni sangat gemar menonton diri sendiri depan cermin (dah TV pun tak dek, so ada salah?). 

Dengan itu aku akan jadi semakin bersyukur akan kurniaan yang Dia telah bagi. Takkan nak tunggu orang puji melambung baru nak sedar akan kecantikan dan keistimewaan diri kot. Selalu saja aku nyatakan pada diri sendiri bahawa aku seorang manusia yang punyai keistimewaan dan kelebihan. Semua orang pun sama . Hanya sedar atau tidak aje yang tentukan sama ada kita ni sebenarnya cantik atau tak. 

Dan selalunya rasa rendah diri wujud bila kita keep comparing ourselves with the others. Kenapa kita tak macam tu? Kenapa kita tak macam ni? Well, aku pun selalu tanya soalan macam tu jugak. Tapi lama kelamaan aku jadi jemu, letih dan sedar bahawa persoalan tu sia-sia aje. Logik ke pertanyaan seperti:

"Kenapa muka aku tak macam Angelina Jolie atau Sofea Jane ah?"

(Ohhooo....Gene orang lain lain woh!)

Tak akan ada yang dapat diubah kalau memang dah gitu rupa bentuk asal, asli dan sejak azalinya. (Ehem, kalau isu aku diet extreme sebab nak kecikkan drumstick ni lain eh. Sila ubah topik lain theheehee!). 

So, what we have to do is just jaga sebaiknya. Tak yah lah nak suntik-suntik sana sini. dah la tak tahu apa komposisi benda tu, dibuatnya yang disuntik tu jadi makin teruk. huh, lagi parah. kalau aku kena gitu, terus tak mau keluar rumah sekalipun! 

Yups, memang kita kena berusaha, ikhtiar untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Tapi tak pula sampai mengubah rupa asal yang Dia dah bagi tu, ye dok? Kalau dah jadi cam gini: 

Pic taken from HERE

Sapa mau jawab?

(p/s: tiba-tiba teringat kata-kata mak yang turut disokong oleh abah: 

"jerawat tu pemanis muka la, tak payah le awak asyik nak tukar sabun muka aje. kang lagi teruk kang mak tak tau!" 

"hehe, saaayang mak abah! memang you berdua Make Me Feel Brand New selalulah!")