DIL TO PAGAL HAI



Pada suatu pagi yang sudah hampir menganjak ke tengahari - di dalam sebuah perpustakaan yang berhawa dingin
Kelihatan seorang perempuan sedang asyik mencari buku-buku rujukan
Barangkali untuk assignment yang baru diamanahkan oleh pensyarahnya
Dia kelihatan begitu tekun, mendongak pada rak buku yang tinggi
Sesekali kepalanya memberat ke kiri
Sesekali kepalanya memberat ke kanan pula
Tiba-tiba dia menjengketkan kakinya untuk mencapai buku yang dirasakan sesuai untuk dijadikan rujukan assignmentnya
Sambil menggapaikan tangannya, dia memegang rak besi di sebelah untuk mengimbangi dirinya
Mungkin juga dia khuatir jika terjatuh ke belakang
Kini buku itu ada di dalam genggamannya
Puas dia membelek, kemudian dipulangkan kembali buku itu ke tempat asalnya
Dia mendongak lagi
Tapi kali ini tidak lama
Matanya melilau pula
Ke hadapan, belakang, kanan dan kiri
Dia kelihatan seperti sedang mencari sesuatu
Tiada
Lalu dia membongkokkan dirinya
Melihat 'sesuatu' melalui celahan rak buku yang tersusun di hadapan dan di belakangnya
Tiba-tiba dia bergegas ke barisan sebelah, yang dipisahkan dengan sebaris rak di mana dia berdiri tadi
Oh, rupanya dia mencari bangku
Bangku yang memang disediakan khas untuk mengambil buku yang tinggi kedudukannya
Belum sempat dia memanjat bangku yang diambilnya tadi
Datang seorang lelaki
Berbaju Melayu berwarna ungu lembut, berseluar slack dan berkopiah hitam penampilannya persis penyanyi nasyid daripada kumpulan Raihan
Mungkin juga In-Team
Menyedari kehadiran lelaki itu
Dia pun segera mendongak melihatnya
Begitu juga dengan lelaki itu yang tidak pula menunduk
Tetapi dari sorotan matanya saja bisa menampakkan bahawa dia ada seorang yang agak tinggi

Dia hanya berdiri di situ
Dan begitu juga dengan lelaki itu
Tidak berganjak walau sedikit pun
Mata mereka bertentangan
Dia terkedu
Dia terkesima
Lelaki itu kelihatan seakan mahu berbicara
Namun tidak pula dia melafazkan kata-kata
Akhirnya dia bersuara
"nak lalu ke?"
Barangkali ruang yang agak sempit itu menyukarkan pergerakan lelaki itu
Barangkali dia juga sedang mencari buku
Lelaki itu tidak terus menjawab pertanyaannya
Sebaliknya lelaki itu bertanya pada dia
"awak nak amik buku ke? biar saya amikkan"
Dia agak terkedu dengan 'jawapan' itu
Lain yang ditanya
lain pula jawapannya
"erm, eyh tak ape lah"
Tetapi lelaki itu masih mencuba untuk membantu, barangkali
"eh, betul ni. tak ape. awak nak buku yang mana? biar saya amikkan"
Ujar lelaki itu sambil tangannya memegang sebuah buku yang mungkin dirasakan itu yang cuba diambil oleh dia
"nak yang mana? yang ini ye? biar saya amikkan"
Dia menjadi bingung dengan keadaan ini
Sepertinya lelaki itu bersungguh-sungguh ingin membantunya
"eyh,tak ape tak ape, betul ni. sebenarnya saya nak survey banyak buku"
Mendengar jawapannya
Lelaki itu hanya tersenyum
Dia membalas senyuman itu
Tanpa pedulikan lelaki yang difikirnya sudah berlalu itu
Dia terus memanjat bangku yang diambilnya tadi dan meneruskan niat asalnya
Buku demi buku dicapai
Dibelek
Diselak
Helaian demi helaian
Green Technology
Recycle
Environment
Design for Environment
Sustainability
Disebut satu per satu keyword yang diingatinya
Diperhalusi setiap indeks di beberapa halaman terakhir buku yang dipegangnya
Ada
Lalu diketepikan buku itu
Tanda dia mahu merujuknya buat kali kedua
Dan meminjamnya jika memenuhi kehendaknya
Tiba-tiba
Dia terfikir akan lelaki tadi
Di manakah lelaki itu?
Dia menoleh ke kiri dan ke kanan
Namun lelaki itu tiada di sekitar itu
Seingatnya
Lelaki itu menuju ke rak sebelah kiri tempatnya berdiri tadi
Pura-pura konsentrasi
Dia tidak mempedulikan lelaki itu
Namun kini dia terkenang kembali situasi tadi
Situasi yang membuatnya tidak tentu arah
Situasi yang membuatnya tersenyum sendirian
Situasi yang seolah-olah telah lama membelenggu kotak fikirannya
Hairan!
Pelik!
Iya, dia merasakan perasaan hairan dan pelik!
Hanya dua tiga minit
Namun mengapa dia seperti merasakan sesuatu?
Sesuatu yang menyukarkan dia melupakan situasi itu?
Iya, situasi itu
Sepertinya dia pernah 'dekat' dengan lelaki itu
Aduh, melampaukah jika dia berkata begitu?
Mungkin dia masih bingung 
Bingung dengan sikap 'beria-ia mahu menolong' yang ditunjukkan oleh lelaki itu
Iya, barangkali begitulah
Tapi
Di mana lelaki tadi?
Mustahil boleh hilang begitu saja?
Tiba-tiba dia terdengar derap langkah seseorang
Dengan segera, dia menoleh
Oh, bukan dia
Dua tiga dan empat kali dia melakukan perkara yang sama
Sangkaannya lelaki tadi
Tetapi yang pasti bukan lelaki itu
Di mana dia?
Sepertinya dia sudah terlanjur memikirkan lelaki yang tidak pernah ditemui sebelum ini
Apatah lagi mengenalinya
Dengan segera dia kembali mencari buku yang lain
Mencari dan mencari
Namun sebahagian daripada kotak fikirannya masih tertumpu kepada lelaki tadi
Di mana dia?
Di mana dia?
Di mana dia?
Anehnya
Wajah lelaki tadi tidak dapat dia ingati
Hanya samar-samar
Padahal belum pun satu jam masa berlalu
Namun dia betul-betul tidak dapat mengingati wajah lelaki itu
Hanya samar-samar
Seingatnya
Lelaki itu berbaju Melayu berwarna ungu lembut, berseluar slack dan berkopiah hitam
Lelaki itu juga agak kurus dan tinggi
Dan terdapat tahi lalat di wajahnya

Namun persoalannya
Di mana dia?
Dan yang anehnya
Mengapa hati ini, diri ini seolah-olah mahu berjumpanya lagi
Buat kali kedua
Ketiga atau ke berapa saja
Dia tersenyum lagi mengenangkan situasi tadi

Aduh,
Di manakah dia?
Mungkinkah dia imamnya?





Dil To Pagal Hai di Aras 5, Perpustakaan Tun Sri Lanang, 3 September 2010 - 12.00 tengahari