TEORI ADILA

Waktu pembelajaran yang paling efektif adalah sekitar 40 minit hingga satu jam yang pertama


Iya, aku amat setuju dengan statement ni walaupun aku tak pasti sapa gerangan tuan punya teori ni. yang pasti bukan Adam Smith, David Ricardo mahupun Trompenaars. ahah, nampaknya aku masih dapat beberapa nama economist that i just crossed by during my almost 3 hours of study. HAH? 3 HOURS? HEBAT SEYH! haha, almaklumlah, malam tadi aku dah tidur awal so pagi ni kena la compensate balik kan. roommate aku bersengkang mata study, bangun awal pagi lagi. aku sodap yo tidur mengalahkan esok tiada hari lagi. padahal esok malam la aku ada mid sem exam!

erm talking about tomorrow's examination which is International Business subject - there will be 100 multiple choices questions comprises eleven chapters. nak lebih sedap lagi from page 1 until 360. haha, amacam? masih mau tidur lagi? 

setakat ni aku baru cover sampai chapter 7 saje sebab sekarang patik mahu berhoneymoon dengan kadar sebentar. cheh, sebentar la sangat! selalunya aku ni kalau belajar 1 jam, rehatnya mau 2 3 jam. efficient and effective time management kan? entoh la. aku percaya pada komitmen ketika study. maksud aku, no point kalau study lama tapi satu hape pun tak lekat/faham (faham la sangat!). tadi pun time study aku dah start sentuh sana sentuh sini, pintal rambut la, belek jerawat la, makan peyek la, biskut raya dan banyak lagi. bila aku tengok jam, huk alooooh patok loh, duo jam lobih hako dok atah kusi deh!! hem... khusyuk sampai tak sedar masa berlari dengan laju, selaju lontaran Shalin Zulkifli. erk, aku rindu nak main boling!! bila la boleh lepas gian boling ni.

p/s: heh, lagu Enrique - I Like It pulak berkumandang kat Hitz Fm ni. aku tak berapa suka la lagu ni!