DENDAM TERLERAI


 Pehal tajuk skema semacam ni? Apa-apa aje la! Anyway, setelah berhari-hari berhempas-pulas memaksa tulang belulang bertahan dek kerana nak menyiapkan assignments yang TIGA tu termasuklah hal presentation bermula hari jumaat-sabtu-ahad dan juga final exam yang macam budak extra genius punya schedule maka aku berjaya menunaikan hajat hati untuk membalas dendam melepaskan nafsu enjoy yang lama dah aku tahankan. Ngahahaha! *imagine gelak macam ketua kongsi gelap kena rasuk rohnya si markonah

Sebelum aku detailkan apa aktiviti sihat yang dah aku buat sempena balas dendam tu moleklah kiranya aku beritahu kenapa aku beria-ia sangat nak membalas dendam. Segalanya dek kerana tabiat suka menangguhkan kerja barangkali. Aku kata barangkali pasal aku tak rasa pun aku menangguh kerja sangat. Ada la sikit tapi ada la faktor lain yang telah menjadikan masalah tu jadi worse dan worsen. 

Ok lets start with hal assignments. Sebenarnya macam ni, TIGA majoring subject yang aku amik dengan lecturer yang sama tu sebenarnya tak cukup pun 13 minggu jangkamasa pembelajarannya sebab lecturer tu hospitalized. Quite lama la jugak. Tu satu hal, yang jadi problemnya bila lecturer tu bagi assignments last minit. Haha berani aku kata lecturer bagi kerja last minit eh! Tapi memang betul la. Tak ada unsur auta di sini. Mula-mula kitaorang ingat project tak ada la disebabkan masa yang semakin suntuk. *alasan! Rupa-rupanya ada. Pulak tu assignment ni bukan calang-calang punya assignments sebabnya lecturer aku nak yang standard master bagai, yang kena cari literature review, journals, interview, findings, analysis and conclusion. Tu satu hal lah kan. Ditambah lagi dengan logbook. Fuh sepertinya aku ambil TIGA subjek tu aje untuk semester ni. Padahal ada lagi dua subjects yang quite important la jugak dan aku minat nak tahu iaitu International Business & Operations Management: Supply Chain Management. Kalau ditanya kenapa aku minat? Jawabnya aku tak tahu. Yang pastinya aku minat. Haha! Berbalik pada hal assignments tu, nak tau apa yang buat aku terasa hebat? Aha, sehari sebelum waktu submission dan presentation tu lah sebenarnya waktu aku dan kawan aku berjaya siapkan dan print assignments tu. Dari pagi sampai ke malam dok bertafakur dalam surau fakulti semata-mata nak siapkan assignments *sebab surau tu selesa sekarang, ada air-cond dan boleh free hair. Kat library, berani kau buat macam tu?. Dek kerana sehari suntuk selama beberapa hari berturut-turut la jugak kitorang siap kena peril lagi sebab buat plug nak charge laptop tu macam hak milik sendiri. Orang lain jelling-jeling dah tapi ada aku kesah? *kedengaran sungguh selfish di situ! Tapi aku rasa ada berbaloinya buat kerja last minute gitu pasal TIGA presentations tu dapat A! hawhawhawhaw! So pengajarannya adik-adik sila buat kerja last minute yeah. Tapi kena buat kat surau la pasal boleh berjemaah. Amik berkat. Hati pun tenang dik dik nuun! Haha.

Setelah berakhir kisah assignments tu, timbul pulak cerita terbaru yang lagi sengal iaitu berkenaan jadual waktu final exam. FINAL EXAM okeh! Dek kerana kerajaan melancarkan cuti perayaan Deepavali secara besar-besaran baru-baru ni, maka pihak Uni pun amend la jadual waktu asal demi nak memberi cuti kepada students yang nak beraya tu. So yang kena tempiasnya students yang tak beraya ni la. Yang nak beraya tu aku tak kisah la kan pasal dia ada motif NAK BERAYA. So pain kejap dan enjoy raya kemudian. Yang macam aku ni terpaksa la terima aje. Apa yang sakit hatinya bila satu subjek aku diawalkan ke minggu first exam iaitu pada Selasa malam then besok paginya ada satu subjek dan tengaharinya pun ada satu subjek. So maknanya dalam masa kurang 24 jam aku kena hadap 3 papers. Gila kentang punya jadual. Dah la dua-dua tu subjek majoring!. Nasib baik la lecturer aku yang TIGA subjek tu melaksanakan Reinforcement Theory dia, so dapatlah aku jawab dengan molek. Memang aku sayang lecturer ni. Mula-mula aku a bit tak suka tapi bila aku nampak hikmahnya, baru aku tahu betapa lecturer ni berusaha nak jadikan students dia seorang ‘orang’.

So bertitik-tolak daripada hal assignments sampai la final exam, aku akhirnya berjaya balas dendam! Lepas aje 3 papers tu aku decided untuk release tension. Sebenarnya ada lagi dua. Tapi gap lama. Dlam 14 hari gitu so enjoy menjadi satu kewajipan lah kan. So aktiviti yang telah aku buat demi membalas dendam tu ialah MENONTON FILEM NON STOP! Haha! Habis satu cerita, aku bukak cerita lain pulak. Memang pecah rekod hidup aku! So marilah dengan bangganya aku menunjukkan cerita yang dah aku tengok. *boleh dikatakan sebagai obsolete stories sebabnya aku ni kan tak gila wayang. So orang lain dah tengok 30 kali, aku pulak baru tengok sekali a.k.a first time. Cheh!
  
 TAKEN


Cerita ni pasal women trafficking dan pengorbanan seorang bapa semata-mata nak selamatkan anak tunggal dia. Ceh bila sebut tunggal, rasa macam diri sendiri pulak. Ahahaha! 

DROP



 Yang ni pulak pasal gangster. Pun best jugak. Ada satu part tu yang kelakar gila. aku gelak sorang-sorang kat bilik, gerenti orang ingat aku gila tension sebab nak exam.

TWILIGHT  &  NEW MOON



Hah! Yang ni toksah la disangkal lagi. Memang gila punya best. Aku tengok lagi dan lagi. Kalau mengaji tu dah kira khatam bebeno la tu. Tapi aku lagi suka part one tu sebab yang New Moon tu Edward Cullen tak ada sangat. Peh, rasa macam nak cari laki sebijik macam Edward Cullen tu je! Handsome, tinggi dan bersuara seksi. Lepastu kalau senyum dan tenung..aduh cair aku! Tak kisahlah vampire pun. Haha.
YO-YO GIRL COP

Yang ni not bad la. Pasal perempuan yang disuruh menyamar jadi budak sekolah a.k.a menspykan diri untuk cari dalang bombing bagai. Hmm, cute perempuan tu. 

THE TAOIST WIZARD

Yang ni pun kelakar jugak. Pasal monster yang jahat dan dua orang lelaki yang sorangnya ada kuasa magik dan yang sorang lagi kena sumpahan. Kejap jadi anjing, kejap jadi kuda. Yang buat kelakar tu mimic muka yang dia buat pasal dia ni jongang. So bila buat muka blur-blur tu memang sakit perut aku gelak. Kehkehkeh!

p/s: nak tengok Twilight lagi la! Hehe!