DIA

Kali pertama aku kenal DIA adalah sekitar tahun 2004, beberapa bulan sebelum aku menduduki peperiksaan SPM yang aku kira sebagai penentu masa depan, sama ada cerah atau sebaliknya. Padahal pada masa tu aku banyak main daripada belajar, tak pernah serius. Tengok TV macam besok tak ada hari dah. Baca buku depan radio, lagu tak best, cari stesen radio lain. Maknanya kalau 2 jam aku ‘belajar’, yang betul-betul aku telaah buku adalah dalam 10-15 minit. Yang lain, kira goodbye la. Berbalik pada cerita DIA, sebenarnya aku bukan terus kenal dan ‘jumpa’ DIA, tapi adik DIA. Macamana tu? Haha! Aku sendiri tak percaya dan confuse!

Mulanya begini:

Ada satu hari tu kawan sekelas aku ajak pergi Cybercafe. Locos kalau tak silap nama tempat tu. Kedainya warna oren, area bus station Taman Universiti. Time tu aku ni bolehlah dikira sebagai manusia buta IT. Kalau nak lebih sopan sikit, aku ni seorang yang jakun dengan benda yang namanya komputer & internet. Kat rumah ada la komputer siap dengan printer & scanner lagi! Waktu tu memang giat promosi untuk menggalakkan setiap isi rumah memiliki komputer dan salah satu daripadanya ialah dengan skim pengeluaran sejumlah wang daripada akaun KWSP untuk beli komputer. But too bad, sebab bukan ada internet connection pun! Waktu tu aku ni anak yang terlebih baik agaknya, tak pandai nak bagi cadangan pada mak abah. So aku diamkan aja hal tu dan aktiviti aku dengan komputer tu setiap hari adalah menonton vcd & main game. Haha. Kiranya that computer was bought without any intention! What a waste! Sekarang tak de dah  pun kat rumah. Buat menyemak aje. So kasi kat orang lain. Habis cerita. Bilik aku tak sepah, mata aku tak sakit.

Ok, back to the story. Kiranya pada hari aku pergi Cybercafe tu, aku telah join satu chatrooom. Kampungchat kalau tak silap aku. Waktu tu punyalah famous chatting ni. Kampungchat & MIRC. Yang first aku tau ialah MIRC. Masa tu kat rumah kawan aku, Atikah Basyirah. Dari situ la aku kenal dunia chatting ni. So pada hari kejadian, macam biasa la aku guna nickname adreanatasha. Cheh! Nama tak boleh blah! Haha! Aku pun tak sangka macamana aku boleh terfikir nak guna nama tu. Maybe sebab sweet kot. Dan kerana nama tu jugak la ramai yang buzz weh. Seriously! Salah seorang daripadanya ialah Azim dan kalau tak silap aku dia dua tahun lebih muda daripada aku. Nak dijadikan cerita, pada hari aku chatting tu aku bermurah hati pulak bagi phone number pada para chatters yang i don’t even know his or her real name! Memang kerja gila! Bila difikirkan balik, maybe sebab aku tak cukup matang lagi. Dunia kanak-kanak riang gitu! Didn’t think about the consequences and so on.

So after I gave my phone number tu (I started using handphone since Form 3 and I’ve been using the same number until now) guy yang bernama Azim tu missed call. Aku pun missed call balik. Lepastu berbalas missed call sampai satu tahap tu aku call dia (tak pun dia call aku.tak ingat mana satu). Tapi yang anehnya yang kedengaran time tu suara perempuan. Punya la aku cuak! Macam buat salah pulak. Padahal bukan kenal pun so apa ada hal kan. Rupanya tu kakak dia. Ok fine. Bermula daripada hari tu kitorang pun berbalas sms. Biasa la kan zaman muda mudi. Kalau phone tak masuk mesej satu hari dah gelisah macam apa je. Ada satu hari tu kalau aku tak silap abang dia yang aku panggil DIA tu sms. Kata dia aku ni sebaya abang dia, so dia pun pass la pada abang dia. Haha, suka suki je. Memikirkan soal just for fun maka aku layankan saje. Sejak dari hari tu sampai la semester 6 diploma aku terus sms a.k.a keep in touch dengan DIA. Kadang-kadang ada jugak aku call. Tak tahu kenapa aku sanggup turun tingkat bawah qaryah aku semata-mata untuk call DIA. Sekali call, rasa macam addicted nak call dan dengar lagi suara DIA. Alahai mengadanya aku!

Sepanjang aku kenal dengan DIA, aku rasa selesa sangat. Tak pernah aku rasa perasaan tu sepanjang hidup aku. Aku banyak cerita pada DIA tentang apa saja yang aku rasa nak cerita. Pasal study, pasal kawan, pasal masalah, even pasal mak abah. Aku suka kongsi cerita dengan dia. Antara yang paling aku ingat ialah bila aku sms dia dalam bahasa mandarin. Time diploma dulu aku ada amik course tu selama 2 semester. So setakat perkataan pendek-pendek tu ada la juga yang selalu aku guna. Then aku send kat DIA. Lepastu DIA tanya makna word tu then aku beritahu la apa maksudnya.

Wo de pengyou:Saya punya kawan http://www.emocutez.com

Masa aku amik diploma kat KUIS dulu, aku dapat tau DIA masuk IKM Pekan. Course DIA elektrik-industri kot. Entah. Lama sangat dah. So ada yang aku tak berapa pasti. Sebelum tu DIA kerja part time kat kedai makan area TC – Teluk Cempedak. Selalu jugak la aku sms dengan DIA sampai la ke pagi tak hengat dunia! Paling lama aku pernah sms dengan DIA sampai pukul 4 ke 5 pagi. Waktu tu aku buat tutorial account. So DIA la yang teman aku dan buat aku bersemangat nak buat dan settlekan account tu sampai balanced! DIA selalu bagi aku semangat nak belajar (selain daripada mak abah) dan dengan bangganya aku akui DIA sebagai salah seorang watak utama dalam cerita hidup aku yang telah bagi aku peluang untuk dapat dekan every semester! Bukan tu aje, I managed to got 4 flat untuk 2 semester terakhir dan aku jugak berjaya dianugerahkan sebagai pelajar terbaik diploma perbankan islam pada masa tu. Wahaaa tak ke bangga kau?! http://www.emocutez.com Sampai mati aku tak akan lupa jasa DIA yang dah buat aku rasa suka nak belajar. Terima kasih AWAK!

Ku sangka panas hingga ke malam, rupanya hujan di tengah petang. Cewah! Dalam pada aku rasa semakin rapat dan dekat dengan DIA, aku baru perasan yang sebenarnya aku semakin jauh dengan DIA especially bila aku start praktikal untuk diploma dulu tu kat Bank Muamalat JB. Entah tak tahu apa sebabnya. Tiba-tiba je aku perasan DIA dah jarang sms. Paling tak best bila DIA suka sangat beza-beza kan aku dengan DIA. Pantang betul aku masa tu! Sebab pada aku daripada beza-beza tu la yang buat aku jauh dengan DIA. Dan tengok sekarang apa dah jadi? Memang hilang begitu saje. Boleh kau bayangkan macamana rasanya bila kau dah mula selesa dengan orang tu, bila hari-hari kau sms dengan dia, kau kongsi banyak cerita dengan dia, tiba-tiba hilang macam tu saja? Teruk weh penangan yang aku terima time tu. Ok la I admit, mungkin tu adalah kali pertama aku rasa perasaan tu, so ada la jugak pernah aku demam sebab terlalu teringat pada DIA. Huhu, melampau sungguh! Hello, DIA tu bukan muhrim kau tahu? Lagipun aku tak pernah jumpa DIA. Muka DIA pun tak pernah aku tengok. So it’s no big deal kan? Cumanya aku tak tau kenapa sampai sekarang aku masih anggap DIA ada. Mungkin sebab aku pernah rapat dan selesa dengan DIA. So agak susah la nak buang terus daripada kotak ingatan aku ni. Kalaulah boleh dipadam terus nama DIA dengan pemadam getah atau liquid paper, lama dah aku buat. tapi bila difikir balik, lagi aku cuba nak lupakan DIA, lagilah aku teringat pada DIA. So jalan terbaik ialah, buat don’t know aje, bila teringat, biarkan. Bila terlupa, lupa aje la. Memang tak ingat dah! Haha!

Aku pun tak taulah kenapa aku rajin sangat tulis cerita berkenaan DIA ni. Mungkin sebab dah nak masuk bulan 11 dan birthday DIA adalah pada 6/11/1987. Yups, DIA muda hampir 2 bulan daripada aku! Haha, mungkin sebab tu kot DIA fikir aku tak sesuai dengan DIA. Tua! :P 

So bersempena dengan birthday DIA yang hampIr tiba ni http://www.emocutez.com aku mahulah sertakan sedikit sebanyak tentang DIA yang aku selalu ingat sebagai tanda penghargaan yang tidak akan dilupakan. Hmm..! special sungguh kedudukan DIA ni dalam hidup aku ye.

TENTANG DIA


  1. Nama: ASBS a.k.a Atam I, lahir pada tanggal 6 November 1987
  2. Seorang pendengar yang baik. Sebab tu aku suka membebel dan berceloteh dan bercerita segala benda pada dia.http://www.emocutez.com  
  3. Dia suka main bola sepak http://www.emocutez.com. Kerana dia jugak aku cuba untuk alert dengan bola sepak. Tapi untuk permulaan aku berjinak-jinak dengan bola sepak Malaysia la. 
  4. Seorang yang selalu ingatkan aku pasal makan sebab aku kalau makan lambat, alamatnya menggigil tak sudah. Dia juga selalu ucapkan good night, sweet dream dan take care di akhir sesi sms kami. Hehe! http://www.emocutez.com
  5. Dia panggil aku 'Adila' dan aku suka setiap kali dia guna nama tu. :)
  6. Pernah mintak gambar aku sebelum masuk ke IKM Pekan Pahang. Tapi aku bagi alasan aku tak de gambar, gambar ada kat JB sebab pada ketika tu aku tak fikir itu adalah tindakan yang bijak memandangkan aku langsung tak kenal dia. 
  7. Dia suka makan Nasi Ayam dan Nasi Dagang.
  8. Dia suka kumpulan Peterpan dan Dewa 19.
  9. Dia sudah kehilangan ibu. 
  10. Dia anak ke empat daripada enam adik beradik.
  11. Dia pernah kata nak bela rambut panjang, nak bela jambang, nak warna rambut. Reaksi aku pada masa tu ialah: NO! Haha.
  12. Dia pernah bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Seri Pelindung.
  13. Dia ada seorang abang, dua orang kakak, dua orang adik.
  14. Dia pernah MMS gambar anak sedara dia. Cute!
  15. Dia seorang anak yang baik. Buktinya, dia pernah pakai henset sabun, then ayah dia pakai, then hilang. Bila aku tanya dia tak marah ke? Dia kata buat apa nak marah, benda dah nak hilang. Oh, adakah aku akan bagi reaksi yang sama kalau berlaku pada aku? http://www.emocutez.com
  16. Dia penyokong kelab Liverpool. Bila aku kata aku M.U dia kata mesti sebab Beckham sebab perempuan minat bola ni sebab pemainnya. nak-nak lagi Cristiano Ronaldo.
  17. Dia pernah sebut tentang Mee Calong. bila aku google, rupa-rupanya macam mee sup rupa dia.
  18. Dia pernah satu sekolah dengan jiran kawan baik aku. 
  19. Dia tinggi. kalau tak silapaku dia pernah cakap tinggi dia 170cm++. Kerana itulah aku jadi obses dengan ketinggian sampai la ni!
  20. Dia kalau cakap, ada slang Terengganu sikit. Masa mula-mula borak dulu aku keliru antara Kelantan dengan Kuantan. So agak banyak kali jugak aku sebut 'ah? ape? ah? ape?'. Bukan pekak, http://www.emocutez.com cuma kurang peka. Hehe.
  21. Dia kata dia tak ada friendster (dulu) sebab dia tak layan dengan benda-benda macam tu.
  22. Dia tak merokok. 
  23. Dia pernah couple kalau tak silap. Ingat lagi time aku cuba nak korek pasal ex-girlfriend dia, tapi gagal dan berakhir dengan situasi aku minta maaf dan janji tak akan tanya lagi. Apa punya busybody la aku ni kan.
  24. Kali pertama aku tengok dia sejak tahun 2004 aku kenal dia adalah pada beberapa bulan dahulu. Ada top story yang mengaitkan dia dengan sesuatu hal. Aku terus sms, untuk mendapatkan kepastian. Dan betul, it was him! Comment aku? Dia sangat berani! Yeah!
  25. Dia adalah kawan lelaki terbaik yang pernah aku kenal. Ala-ala teman tapi mesra gitu!
  26. Lagu yang buat aku ingat pada dia: http://www.emocutez.com 'Mungkin Nanti & Cinta yang Sempurna-Peterpan', 'Jujur-Radja', 'Pengeran Cinta-Dewa19' & 'Rumie dan Julie-Febians'. cewah!
  27. Dan dia adalah dia.

Hmm...! :)