MR. POLAROID a.k.a INSTAX

Di sebalik kekalutan yang sedang menghantui diri dek kerana dua subjek yang belum di'exam'kan lagi, sempat pulak aku mengusha benda baru yang menjadi kegilaan aku semenjak dua menjak ni. Kalau zaman sekarang ni orang sibuk mengejar gadget yang bercirikan all-in-one, aku pulak tiba-tiba merasa kegatalan untuk memiliki benda yang bakal memenuhkan beg aku, secara tak langsung memaksa aku beli beg baru yang lebih besar saiznya. Ngahaha! Reward untuk diri sendiri sekali sekala apa salahnya kan? Hi hi! 

Benda ni kalau nak dibandingkan dengan gadget canggih manggih yang dah sedia ada memanglah jauh bezanya. Ibaratnya kau compare antara Bentley dengan Proton Tiara kot! lol! Tapi tadi masa aku browse laman sesawang yang berkenaan, tak ada la huduh sangat rupanya sebab design yang sekarang punya lebih cute la berbanding dulu dan itulah yang membuatkan aku lagi eager nak beli benda ni. Apa bendanya benda yang asyik disebut benda ni benda ni tu? Huaa.... jeng jeng jeng!!
cute huh? macam muka robot!


ni la sebab aku nak sangat mr polaroid ni sebab gambonya boleh keluar terus seyh! *tiba-tiba jadi jakun!
Yang ni versi comel habis! Aku nak yang ni le! haih, comelnya ko!
Tapi bila aku berhajat nak beli Mr. Polaroid a.k.a Instax ni, banyak benda pulak aku kena fikir berkenaan dengan kebajikan dan keperluan dia. Ok, kalau Digi-Cam yang aku dah ada tu sonang bebeno nak jaga. Bila bateri weak, cuma perlu charge selama dua tiga jam, pastu ready to snap pic la kan. Tak payah fikir filem bagai. Memory card pun mau dua gigi gigs, bila penuh, transfer ke lappy. Then bila lappy kena curi dek devil terdesak tu, semua hilang! Huh, sengal! Kalau Mr. Polaroid a.k.a Instax ni pulak, antara benda yang aku kena ambilkira adalah filem dan baterinya. Tapi apa ada hal kan? Bateri habis, aku cilok la bateri jam & remote control kat rumah! Haha, anak mak abah memang gini! :) 

Sedang syok aku usha, terjumpa blog INI (credit to Ms. Saffawati, the owner of the blog) dan kegilaan aku menjadi semakin parah!!! Aduh, aku nak aku nak aku nak! Dia siap jual lagi Mr. Polaroid a.k.a Instax ni! Chett!

Choc & White
Mr. Polaroid a.k.a Instax dan hasilnya. Nice!

Ms. Saffawati ni ada mention pasal harga Mr. Polaroid a.k.a Instax ni. Lepas aku congak kira tambah tolak bahagi semua, ada la dalam RM400-500 cost nya. Oh, Mahal lagi DSLR rupanya! :P

p/s: Maybe aku kena capabkan blog aku and then join Nuffnang kot untuk merealisasikan impian diri. Hehe, btw I'm not into that nuff nuff stuff la! :P