KAWASAN KAMU

Kamu,

Maafkan saya kerana pernah berniat dan cuba untuk masuk ke dalam kawasan kamu. Sesungguhnya saya tidak pun mengetahui yang kamu telah pun mendiami kawasan itu. Saya juga terlupa bahawa saya telah pun meninggalkan kawasan itu untuk sekian lama. Kerana sudah terbiasa, saya sangkakan yang kawasan kamu itu tidak berpenghuni. Tapi tidak mengapa. Saya akan segera meninggalkan kawasan kamu ini. Meskipun tidak serta merta, sekurang-kurangnya saya akan cuba untuk tidak melintasi kawasan kamu lagi. Jangan risau, ya. Sebab jika saya berada di tempat kamu, saya juga tidak suka kawasan saya diintai, dilalui dan diganggu oleh orang lain. Maka, kerana memahami perasaan kamu, maka saya akan berundur sedikit demi sedikit sebelum hilang dan lenyap begitu sahaja. Cuma, berilah saya masa kerana agak banyak benda yang telah saya bina di kawasan kamu sepanjang saya mendiami kawasan kamu itu. Jadi, untuk merobohkannya, tentu mengambil masa, kan. Saya harap kamu dapat memahaminya. Terima kasih di atas kerjasama dan pertimbangan yang kamu berikan kepada saya.

Wassalam.

#Atoiyai!