TUDUH TANYA

Tanya dan tuduh adalah dua kata yang berbeza. Meskipun kedua-duanya mempunya lima huruf dan dimulai dengan huruf T, tapi masih kedua-duanya tidak sama, tidak seerti, tidak serupa dan tidak sehaluan.

Dari segi maksud :

Tuduh - Menunjuk dan mengatakan bahawa seseorang melakukan sesuatu kejahatan
Tanya - Meminta keterangan atau penjelasan tentang sesuatu

Tapi ada ketikanya perkataan yang tidak sama, tidak seerti, tidak serupa dan tidak sehaluan ini saling berkaitan.

Sebelum tuduh, elok tanya dulu. Jangan main hentam buat kesimpulan sendiri. Salah tuduh nanti boleh memakan diri. Apatah lagi kalau lemparan kata-kata tuduhan itu tajamnya melebihi pisau. Bisanya sangat menusuk, walaupun tak berdarah pun boleh meninggalkan parut.
Bila nak bertanya pulak, biarlah dengan cara yang elok. Orang kata, biarlah berlapik. Salah cara tanya, boleh kecik hati orang yang nak kena jawab tu. Dah satu hal, buat orang touching.
Tapi bagi aku perkara ini agak subjektif. Sebab setiap orang mempunyai cara dan gaya yang tersendiri. Bagi orang yang a bit sensitive ni, bila kena tanya dengan orang yang jenis cakap lepas, mungkin boleh makan dalam jugak la. Padahal dia sebenarnya jujur dan straight to the point. Tak reti nak kias-kias, nak kipas-kipas.

Dan bagi orang yang banyak gunakan pelapik dan kias-kias ni, tak semestinya dia nak kipas-kipas. Tapi nak menjaga hati. Takut kalau terlepas karang, kecik pulak hati. Dalam hidup ni, tak baik buat orang kecik hati, kan? Lagipun, tak rugi kalau kita jaga sikit hati orang dan bersabor.

Mak pernah kata:
Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.
Yang ni bukan mak yang kata:
 Kalau orang tengking-tengking kita, kita lek lek lu kan aje.
Haha!


# I hate arguments. Itu sebab tak boleh jadi lawyer!