IBU

26

Tak lama lagi aku akan jejak tangga tu. Bukan tangga gaji, bukan juga tangga bangunan. Tapi tangga umur.

Tadi, tengah aku baring-baring sambil godek handphone baru mak (hadiah abah, sempena hari ibu katanya - tu pun aku yang dok usha a.k.a bagi hint suruh beli. well, lelaki ni adakalanya perlu diingatkan tentang sesuatu perkara, kan? sebab selalunya pandangan lelaki dengan perempuan tak sama. I mean, the way they think)
Ahh, lupakan tentang lelaki perempuan tu.

Berbalik pada subjek 26.

Ada sorang budak yang belajar mengaji dengan mak, tiba-tiba masuk bilik, panggil aku :

"Kakak, nak minum air." 

"Ok, kejap."

Jawab aku sambil terus bangun ke dapur. Time aku tuang air dalam gelas dia dok perhati je aku. Then dia bertanya:

"Kakak, kakak dah masuk universiti eh?"

"Dah. Kakak kan dah kerja."

Dia diam dan terus minum, lalu bertanya lagi:

"Kakak dah jadi ibu eh?"

"Erk?! Belum. Kakak belum jadi ibu lagi"

Time tu aku rasa terkejut pun ada, pelik pun ada. Macamana nak jadi ibu adik oi, laki pun aku tak ada lagi. Hahaha. Persoalannya, apasal tiba-tiba budak darjah satu boleh tanya aku soalan macam tu?

Mungkin, dia masih feeling sambutan hari ibu kot dengan family dia. Atau mungkin aku ni nampak macam ibu-ibu je. Standard ibu dia.

Oops, macam ibu-ibu? Haih, no wonder la masa aku umur secondary school like 16 or 17 dulu ada orang tanya aku :

"Anak awak ye?"

Masa tu aku teman anak jiran aku main Kat playground area belakang rumah.

"Ehh, taklah. Anak jiran."

Dan sekarang, aku terfikir pulak. Macamana kalau aku ada anak angkat ek? Ala-ala Rizalman Ibrahim / Misha Omar tu. Wah, mau soseh soseh orang dok bercakap. Kalah paparazzi dok?

Tapi, kalau mampu apa salahnya, kan?

#Selamat hati ibu mak! Semoga sihat selalu, bahagia dunia & akhirat. Saaaayang mak! :)

#Baru-baru ni agak trending kat internet, ada sorang pelakon lelaki dikatakan derhaka pada mak dia. Aku minat juga kot kat dia sebab good looking la jugak. Taste aku katanya. Hahaha.

Komen mak aku: "Buat apa handsome tapi derhaka dengan mak dia"

Komen aku: Erm, no komen. Nilai sendiri then judge. Apa pun, ikatan mak & anak takkan dapat dihapuskan sampai bila-bila.

#Kepada awak yang sudah kehilangan ibu, semoga ibu awak ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kalau awak masih ingat, pernah saya pesan, sebelum buat apa-apa ingat apa perasaan ibu awak kalau dia tahu apa yang awak buat. Saya tahu, awak pun sayang sangat kat mak awak, kan? :)