BILA

Sebelum ni aku tension/bingit kot bila ada orang tanya soalan camni. Rasa macam nak je jawab "Pergi la tanya Allah. Apehal tanya aku?". Tapi tak tergamak kot cakap gitu depan sedara mara, esp makcik2 pakcik2. Confirm dia cop aku minah laser takde adab. Mak abah aku jugak dapat kredit nanti. Haha.

Ada jugak satu masa tu, bila aku rasa seolah-olah dah jumpa jodoh aku, then bila orang tanya terus aku terfikirkan dia. Kononnya mengharapkan dialah orangnya. Tapi, Allah lebih tahu. Besar mana pun effort kita, perasaan kita, sayang kita, ambil berat kita cuba tunjuk kat dia, kalau Allah kata bukan dia orangnya, tak akan jadi jugak. Dia tak akan nampak, tak akan faham dan tak boleh baca jugak. 

So akhirnya aku terpaksa terimalah. Nak buat macamana. Jangan tanya perasaan aku bila tengok muka mak yang seolah-olah anggap dialah orang yang akan hidup dengan anak dia ni, tapi akhirnya bukan jugak. Mujur sekarang mak dah tak dan nak tanya2 lagi pasal dia. Apparently dia pun sedih dan terkilan. But, sorry mak, dila tak ada kuasa nak control bab2 jodoh ni. Haha. 

So back to those pictures, aku tertarik dengan satu part tu, bila dia kata:
"Tuhan nak bagi banyak masa untuk jaga parents". Soothing soul kot. 
Kita hidup ni bukan semata-mata nak please satu orang manusia je. Kita masih ada mak, abah (especially) sedara mara & kawan2. So, bahagiakan diorang la. Dan diorang akan bahagiakan kau. Tak ada maknanya nak meroyan kerana sorang manusia (even though meroyan sometimes spontan dan tak boleh ditahan). Tapi meroyannya kita, menangis gila macamana pun, dia tak akan tahu dan tak akan nampak pun. So no point right?

One more ada betul juga kata bro ni:
"sempat ke kahwin, atau ajal sampai dulu"
Kahwin bererti kau akan melangkah ke kehidupan baru.
Tapi kalau dah ajal/maut datang jemput dulu, kau tak ada lagi peluang nak hidup, nak kumpul amal banyak2. Semuanya habis, berakhir dan menunggu waktu untuk perhitungan dan penilaian oleh Dia. Allahuakbar.

So berbalik pada persoalan 'bila?', better untuk kita pandang dari sudut positif la. Minta orang yang tanya tu doakan yang baik2. Tak mau tension2 dah. Manusia memang suka bertanya, kan? Takkan sebab tanya 'bila?' kau nak putus sedara. Haha.