BOLEH JADI

Boleh jadi,

Sesuatu yang kita sanggup 'dying for' itu akan menjadi sesuatu yang kita benci sangat-sangat sehingga untuk melihatnya pun jiwa rasa sakit. Tapi tidaklah sampai sakit jiwa, masuk hospital mental.

Boleh jadi,

Pada masa itu, jiwa yang sakit itu akan terubat bila kewarasan akal fikiran menyatakan:

Itulah sebab Allah lukiskan takdir cerita aku untuk menjadi seperti itu. Kerana sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui.
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)
Well, I'm just a vulnerable particle trying to survive on the massive island named earth.

Oh, harus tanamkan tekad agar aku tidak lagi mengikut perasaan, mengingati perkara yang dah lepas, berhabuk, berkarat dan tidak dapat digunakan lagi untuk masa hadapan. Depreciated dan perlu dilupuskan segera. Kerana:

Boleh jadi,

Perkara itu memang sudah tidak mahu aku menjadi tuan/pemiliknya, lalu untuk apa aku simpan ia?

Pada situasi dan ketika ini, tidak boleh digunakan kata-kata 'Diam itu tandanya setuju' kerana

Boleh jadi,

'Diam itu tandanya tidak mahu'

P/s: Dekat hujung-hujung tahun ni, I got three wedding receptions kena attend. All of them tu sebaya dan lebih muda daripada aku. So, bersedialah menjawab soalan-soalan yang dah lali untuk didengar and as usual, pilihan jawapan yang dah ada dalam skema aku:

A.Belum sampai seru
B.InsyaAllah
C.Tahun depan
D.Kena tanya mak!