TERUJA


Apabila kita terlampau teruja dengan sesuatu yang baru kita temui

Terutama sekali apabila ianya merupakan perkara yang sememangnya ingin diketahui saban hari

Pastinya kita akan selalu melihatnya

Berulang-ulang kali

Tanpa ada sekelumit pun rasa jemu

Bahkan ianya menjadi sesuatu yang teramat indah untuk diabaikan 

Namun

Apabila rasa teruja itu semakin menghilang

Pastinya kita akan berhenti melihatnya lagi

Bukan kerana mahu melupakan

Jauh sekali melenyapkan

Tapi kerana kita sudah mulai nampak

Apa yang Tuhan cuba tunjukkan

Dan Dia mahu kita berfikir

Sebaiknya

Bukan mengikut kehendak rasa hati

Kerana

Apa yang kita terlalu inginkan itu
Tidak semestinya baik untuk kita
 
Tapi

Alhamdulillah

Jika apa yang diidamkan
 
Sememangnya ditakdirkan untuk kita
 
#Wallahuaklam...