HIDUP MATI

>> Salam beb, wat pe?
> Perhati orang. Ni kat wedding sedare. Sama umur kita beb. Laki pulak tu. Heh.
>> ..... Ko tengah usha yang encem encem ke? Hehe
> Aku? Takde maknanya. Aku usha sorang je beb. Tu pun 'tak wujud'. Haha. ..... Kat rumah ke?
>> Ko kata tak wujud? Kalau tak wujud, tak de la ko ingat sampai sekarang, kan. ..... A'ah kat rumah.
> ..... 
>> Haha, dia kan retis bagi ko. Takpe la, ko ..... dah ..... tahun, kan? Lama tu. Hihi.
> Hehe, takpe. Kita tengok je berapa lama lagi setia ni boleh pergi. 
>> .....
> ..... Sementara hubungan masih 'hidup' jaga aje la baik-baik ye. Kang kalau dah 'mati' nak hidupkan balik pun payah.
>> Amboi ayat ko sekarang tak boleh tahan. Siap hidup mati lagi. Baik boss! Hehe.
> .....

Sesungguhnya,  hidup dan mati sesuatu perkara itu di tangan Tuhan. 

Jika hidup, semoga hari esok dan seterusnya akan menjadi lebih baik berbanding hari ini dan hari-hari sebelumnya.

Namun, jika sebaliknya, pasti ada hikmah disebalik takdir sesuatu perkara itu.

Wallahuaklam.