WORDS

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Mendengar. Jika takdir tidak menyebelahi aku dan dia, maka Kau jauhilah aku daripada mengingati dirinya siang dan malam seperti hari ini dan hari-hari sebelumnya. Jika situasi aku dan dia tidak dapat kembali seperti dulu dan menjadi lebih baik, maka kau jauhilah aku daripada menantikan dan mengharapkannya. Sesungguhnya aku tahu bahawa aku tidak sepatutnya menyimpan perasaan ini buat insan yang tidak Kau takdirkan untukku, Ya Allah. Jauhilah aku daripada terlalu mengingati dirinya lebih daripada aku mengingatiMu dan rasulMu. Buangkanlah ingatanku terhadapnya andai dia tidak merasakan apa yang aku rasakan terhadapnya. Hanya kepada Engkau aku memohon. Amin Ya Rabbal Alamin.
Dengan nikmat mata, hati dan akal yang dikurniakan itu, gunakanlah ia untuk melihat dan berfikir akan setiap jawapan dan petunjuk yang Dia beri bagi setiap persoalan yang sekian lama kau lontarkan itu.

Sejauh mana pun manusia itu berlari, akhirnya dia akan kembali kepada Penciptanya juga.

Wallahuaklam.