KENAPA

Manusia normal dan persoalan adalah sesuatu perkara yang dikatakan biasa. Adanya akal, adalah persoalan yang terbit dibenak untuk sesuatu perkara yang dilihat, didengar dan difikirkan.

Sama macam aku.

Terlalu banyak kenapa yang tak berjawapan yang berlonggok di setiap sudut kotak fikiran aku sejak aku bergelar manusia.

Bagaimana aku boleh mengurangkan soalan-soalan kenapa yang tak berjawapan ni?

Kalau aku lontarkan keluar, aku takut.

Takut kalau-kalau jawapan kepada soalan tu sebenarnya sudah jelas dan nyata wujudnya.

Cuma aku aje yang masih tetap mahu simpan soalan-soalan kenapa yang tak berjawapan tu.

Tak dapat terima kenyataan, mungkin.

Tapi aku masih bersyukur. Sebab kapasiti ruang simpanan ni masih banyak boleh diisi. Jadinya bolehlah buat simpan benda-benda lain, selain soalan-soalan kenapa yang tak berjawapan tu.

Lagi pun, aku lebih suka mengikut flow. Maksud aku, jangan paksa. Jangan paksa soalan-soalan tu untuk keluar. Biarkan saja.

Sebab aku percaya, lama kelamaan soalan-soalan tu akan hilang dengan sendirinya. Sebab hidup ni bukan semata-mata untuk memikirkan soalan-soalan itu aje.

Kan?