BINGIT

Hari ni pukul 6.20 pagi lagi aku dah bangun. wah, satu perubahan yang bagus ni! confirm mak abah akan kata gitu. udah le bangun sendiri dan tak de sape kejut. azam baru kooot? apa rahsianya? (poyo seh!). sebenaqnya chek tak tahan mau pergi toilet, itu pasal bangun awal la jugak. rasa dirahmati pulak bila dapat sembahyang subuh lebih awal daripada biasa. hehe! sebenarnya jugak dari awal pagi tadi lebih kurang pukul 6 kot, aku terganggu dek bunyi ketak ketuk kesek kesok tang tung tang dan macam-macam lagi la. pehal? ada orang nak merompak ke hape? seriously, bunyi tu memang annoying! nasib aje la aku tak tahan mau nguyoh. kalau tak confirm aku tarik selimut, tutup telinga dengan bantal dan subuh 6.40 la jawabnya!. hmm ada rahmat di situ. ohhooo!
 
Berbalik pada cerita bunyi-bunyian di pagi hari tu, tanpa segan silu lepas kuar toilet (note: ada somebody yang telah merasmikan toilet lebih awal dari aku dan ada.....clue: perfume a.k.a aroma yang aku berani bet tak ada sapa pun suka hidu!!!) aku pun selak langsir. dalam kegelapan (it was 6.20 am ok) aku nampak sekumpulan manusia duduk dekat area gelanggang futsal, dok ketuk-ketuk benda. pelik lagi. lalu aku hiraukan mereka-mereka tu dan teruskan niat untuk solat dengan khusyuk dan tawaduk. ecchehh! (solat sambil dengar bunyi maa, apa punya luck la pagi-pagi buta dan pekena bunyi bingit!)


Team daripada Indonesia yang gigih practice dari subuh tadi

ini brass band dari Malaysia, i guess (memerlukan kebolehan menelengkan kepala. tech mistake la! haha)

bila dah siang sikit, barulah aku nampak dengan jelas. oh rupanya budak-budak brass band dok practice. wow, memang cool! aku memang minat bab-bab muzik ni. ahhaa cakap bab minat, actually banyak sangat benda yang aku minat gila tapi aku tak dapat nak buat. sebaliknya hanya terus meminati dari kejauhan. dan  banyak jugak perkara yang aku tak la minat nak buat, tapi aku telah buat dan sedang buat pun. entah aku tak tau kenapa. maybe sebab parents aku ni terlalu protective, hinggakan secara tak langsung aku terperangkap dengan kata dan bisikan naluri "jangan tu jangan ni jangan toot!". tapi tak la semua keadaan diaorang cakap macam tu. hanya certain saja dan kebetulan yang certain itulah perkara yang aku minat dan memang nak buat.

but at the same time aku tak pulak rasa marah pada diaorang. aku faham kenapa diaorang buat macam tu. kalau aku kat tempat diaorang pun aku akan buat macam tu jugak. tunggu la satu hari nanti, aku buat benda yang sama pada generasi aku! ahaha macam dendam pulak. tapi mungkin aku punya type akan ada sedikt kelonggaran kot. instead of saying "jangan tu jangan ni jangan toot!" mungkin jugak aku akan lebih memilih untuk berkata "ok sayang, take care ya" :B

ape pun memang dah itu cara diaorang didik aku. so aku bersyukur saja la dengan cara aku membesar dan dibesarkan. cuma kadang kadang aku mempersoalkan macam mana nak enjoy life dengan cara aku sendiri? ikut apa yang kita nak? buat apa yang aku mahu. AKU MAHU! dan bukannya bersikap pathetic sokmo. macam sekarang ni la. naluri membuak-buak nak keluar jalan-jalan cari makan cari barang dan habiskan duit. at least window shopping pun jadi la! tapi dek kerana tak ada kawan (actually ada kawan tapi mulut aku berat nak ajak keluar, plus diaorang busy, ada kelas) eei i malu la! haha, aku ke nih?! Haa see? seolahnya aku perlukan orang untuk berdiri. ya, exactly! tapi itu bukan bermakna aku ni tak berdikari. hello, aku nak masuk 23 ye, tua dah pun untuk membelek kamus, mencari apa ertinya berdikari. it's just a matter of security. ahha itulah yang sebenarnya. bukan tak berdikari. tapi aku takut dengan keadaan sekarang yang tak dapat dijangka. penjenayah sana sini. snatcher, raper dan macam-macam lagi la. so itu yang membuatkan aku tak ada ketekadan untuk keluar sendiri. lagipun mak abah selalu kata: 

"kalau nak pergi mana-mana jangan sorang-sorang"
 "ohho, baik. anakmu menurut perintah!"

haishh, aku ni dah membebel ke benua mana la. sila reverse ye Adila! :O

berbalik pada kisah bingit tu. sebenarnya hajat aku tido awal malam tadi adalah untuk study di pagi hari yang hening, mencari feel. tapi oleh kerana dari pagi-pagi buta tadi sampai la ni dok bising dan membingit, jadi terpaksalah aku tutup saja buku tu. well, study kan memerlukan keadaan yang senyap dan sunyi untuk mendapatkan konsentrasi yang sepenuhnya. barulah senang nak lekat. (memang budak malas punya alasan! tahniah The Red Devil, mwahaha!)