NIKMAT

Sekarang ni aku tengah tunggu bus. kaki pulak tengah goyang ke sana ke mari (kan aku nak kecik kan drumstick ni ha!). sedang asyik bergoyang kaki aku ternampak seorang lelaki berbaju melayu warna turquoise. 

Dia biasa-biasa aje macam orang lain. pegang buku, sangkut beg kat bahu. mulanya itulah apa yang aku fikir. tapi....tiba-tiba kaki aku berhenti bergoyang.
Aku pandang dia buat kali kedua. nampak macam ada sesuatu yg lain pada dia. tapi ape eh? Aku tenung lagi dia yang tak perasan kewujudan aku. 
Aha, baru aku nampak!  

Dia kudung.....

Tangan kiri dia tak ada. aku tak pasti dari belah mana memandangkan dia berbaju melayu, berlengan panjang. so tak nampak dengan jelas. 
tapi tiba-tiba aku tersedar sesuatu.
Subhanallah...! Engkau Maha Berkuasa..
Astaghfirullah....!
betapa selama ni aku seringkali terleka dan terlupa!

Aku tak bersyukur dengan apa yang telah Dia bagi. aku merungut kadang kala.
tangan tak panjang macam model la. itu.. ini...
padahal dah cukup baik aku dikurniakan tangan dan lengan yang sempurna. boleh pegang itu ini. mudah nak buat kerja. melengkapkan lagi rupa bentuk yang Engkau telah cipta ini. 
tak kudung, tak jugak bengkok. 

Tak lama lepas tu, aku terpandang pulak lagi seorang manusia. kali ni perempuan
bertudung kuning, berbaju kurung. sopan aje. jauh sekali jika nak dibandingkan dengan aku yang hanya berseluar jeans n t-shirt ni. 

ada sesuatu juga pada dia yang buat aku tersedar lagi satu nikmt dan kurniaan yang Tuhan dah bagi pada aku. 
Hidung aku tegak saja. ada jugak sedikit mancungnya
haha, sila geleng dengan berhemah!! 
ehem, 
iya aku dikurniakan hidung dan mulut yang cukup sempurna rupa bentuknya.
tak sumbing
tak juga senget. 

Tuhan, terima kasih atas nikmat dan kurnia ini. aku bersyukur. 
aku juga malu pd Engkau kerana betapa seringnya aku alpa dengan nikmat yang indah ini. aku berbicara soal yang enggak2. aku jarang berzikir. mmuji Mu.. 
aduhai! betapa aku ini manusia yang tak menghargai apa yang Engkau telah beri. 

Tuhan. ampunilah aku. jauhilah aku dari menggunakan nikmat ni ke jalan yang batil, dengan alpa, dengan leka. 
bukan saja tangan, bukan saja mulut dan hidung. 
tetapi ke semuanya
semuanya yang Engkau pinjamkan kepadaku. 
ya Tuhan. 
hanya Engkau yang Maha Berkuasa atas segalanya di muka bumi ini