MATAHARI



Sejak akhir-akhir ni aku macam terminat pulak dengan aktiviti mengambil gambar yang ENTAH HAPE HAPE ENTAH (menurut emak ku). Mungkin kerana bakat tertanam yang hampir sama dengan professional photographer inilah aku semakin galak untuk menekan punat berlogo kamera pada telefon tangan yang tak seberapa canggih tu. Plus, aku selalu jugak bawak digital camera kemana-mana. Itu pun kalau beg cukup besarlah. Walaupun Cik Canon tu tak la setanding kamera DSLR yang terdapat di pasar malam, tapi kira OK la jika diukur berdasarkan bakat dan kemampuan aku yang baru nak bertunas ni. Ahahaha!
Kerana itulah aku bertekad untuk memasukkan apa saja gambar yang ENTAH HAPE HAPE ENTAH tu ke dalam blog rasmi aku sebagai mini album yang tak akan aku lancarkan ke dalam mana-mana pasaran pun.
Ok, untuk gambar pertama ni, aku telah ambil menggunakan henpon cabuk aku yang bernama W890i. Seperti biasa, kualitinya taklah tinggi sangat. Tapi cukup la untuk membuat aku bangga dengan pencapaian terkini aku. Ngeh ngeh ngeh. Gambar ni aku ambil kat Kampung Melayu Majidi masa tunggu lampu traffic light bertukar menjadi warna hijau. Nice, kan? Lain punya gambar akan terpalit pada post-post yang lain.

:)