KETAT




Minggu ni adalah minggu terakhir aku berada di rumah sebelum memulakan tahun baru di alam yang satu lagi. Dan itu juga bermaksud bahawa dah hampir 2 bulan lebih aku duduk kat rumah, without doing any outside work melainkan kerja-kerja pembersihan, penglipatan, dan pemasakan (tang masak tu kengkadang aje)di dalam kawasan rumah. Dan disebabkan cuti yang 2 bulan lebih inilah aku baru tersedar yang aku menjadi semakin ketat. Nampaknya aktiviti penternakan lemak semakin berjaya dan dalam prestasi yang amat memberangsangkan!!
Adoh, jeans yang dulunya longgar especially dipinggang dan seringkali terlondeh kini menjadi semakin elok terletak nampaknya. No more londeh-londehan dan ITU BUKANLAH SESUATU PERKEMBANGAN YANG MEMBANGGAKAN!! Ahahaha! Abislah aku!! Tinggal satu sem saja nak praktikal tapi from top to toe aku sudah kelihatan seperti dipam-pam oleh pam basikal yag dipijak-pijak tu. Apa aku nak buat ni?! Merungut pun tak guna pasal semuanya dah ditinja dan jadi zat pun!! Salah sapa? Mak aku kah? Sebab dia masak sedap sangat!! Hahaha. Rosak punya minda!!
Walau apa pun, aku akan cuba untuk berfikiran positif la. Rilek la kan. Naik sem baru ni aku akan berhijrah ke tingkat yang lebih tinggi. So hari-hari la kena naik turun tangga dan itu bermakna ada harapan la aku nak kasi kurang fobia pada alat penimbang yang aku selalu dakwa MENIPU tuh. Haha! Tak pe tak pe. Jangan obses sangat. Yang penting badan sihat, otak pun sihat. Yebbaa!

p/s: Teringat iklan eskrim kat TV yang kata "HIDUP BIAR SEDAP"

(Gambar: http://blogs.essence.com/theblackberrybride/weight-loss-program.jpg)