MEMBEBEL

Pagi tadi buat pertama kalinya aku joined kelas KDKI yang telah aku add balik pada malam tadi. Lect so far ok, seorang yang agak lemah lembut dan bersifat keibuan. Malah dia suruh kami menganggap dia sebagai ibu tiri kami. what the ehem ehem! Aku kalau bab-bab emak atau abah ni, memang sedikit pantang sebab pada aku mereka tiada tandingnya kat dunia ni walaupun setakat anggap tiri saja. So biarlah aku kekal anggap dia sebagai Lec aku saja.

Berbalik pada Lect itu, dia lebih senang jika kami memanggilnya Dr F. Wah, jika tidak melihat dirinya secara live ketika itu pasti aku sudah membayangkan dia itu kebarangkalian besar adalah seorang lelaki pertengahan abad yang botak hampir keseluruhan kepalanya dan berkaca mata setebal setengah inci - lagak seorang saintis yang digambarkan di kebanyakan filem-filem yang pernah aku tonton.


Tapi dia yang aku lihat tadi adalah jauh berbeza. Orangnya bertudung, labuh. Berkaca mata dan memiliki suara persis seorang DJ radio. Paling mengagumkan, dia membawa sekali bersamanya tas tangan LV atau orang Jawa selalu panggil Louis Vuitton. Menarik,kan? Pernah belajar di Uni of Iowa - satu lokasi yang belum pernah aku lepak lagi setakat ni. Dan time kelas yang pertama pagi tadi, Dr F ada menyebut tentang kebolehpasaran graduan.


Well, apa kena mengena tang Kebolehpasaran Graduan dengan LV, Iowa dan Ibu Tiri? Sebenarnya memang tak ada kena ,mengena langsung pun. Itu cuma intro je la. Bhahaha!


Tadi pagi lepas Dr F memperkenalkan dirinya dengan sedikit latarbelakang yang agak menarik perhatian aku (dia ada anak lelaki berumur 24 tahun seh! Boleh 199% concentrate dalam kelas ni! Huahuahua) dia ada bertanya seolan seiras ini(telah diubah demi menyedapkan rasa):


"Seandainya sesebuah syarikat itu mendapat lima application letters daripada lima orang graduan berlainan universiti iaitu Uni X, Uni Y, Uni Z, Uni A dan Uni B: mana satukah akan menjadi pojaan hati syarikat tersebut?"

"Jawapannya ialah Uni A dan B (kemudian Y dan Z)kerana":
1. menurut kajian terkini, ranking Uni X telah jatuh ke nombor X.
2. (secara kesimpulannya) kebolehpasaran graduan daripada Uni X menurut kajian juga berada pada paras yang kurang memberangsangkan. Sebab? Persediaan semasa interview, dari segi cara berpakaian dan masalah komunikasi iaitu BAHASA INGGERIS! .

Ohhoo jadi adakah kerana itu, maka berlakunya bias syndrome di kalangan pihak tertentu terhadap para graduan daripada uni tersebut? Is it fair? Kiranya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga la eh? Jika terima application letter daripada graduan lulusan uni tersebut, terus di KIV saja?


Andaikata itu adalah betul(memandangkan i dont have any experience regarding that matter), then what's the point they spent about 3-4 years in that uni? What about all those fees and certificates they got, yang kononnya by being active in Uni then you might easily get promoted? Bukan ke, tak semua orang memiliki kecenderungan kearah sesuatu yang sama? Kalau jahat, maka jahat semuanya. Kalau kurang pandai, maka kurang pandai semuanya. Kenapa tidak diberikan saja peluang pada mereka jika mereka sememangnya benar-benar layak dan setanding dengan mereka dari Uni lain? Kalau macam tu, baik diberi saja cuti pada Uni tersebut untuk memperbaiki diri sehingga layak bertanding dengan uni lain tanpa ada sebarang unsur bias pun. Begitukah?


Huh, memang tak bernas langsung cadangan. Seolah-olahnya pegang senapang, tembak secara rawak, tanpa ada sebarang sasaran. Yang kedengaran hanyalah bunyi das das das dan das yang membebel tanpa isi dan tak mendatangkan faedah langsung. Kemudian diam bila peluru sudah kehabisan. Senang macam ni aje la. Perform elok-elok ketika di Uni, sementara masih ada kesempatan. Then be prepared when the time comes out. Kalau kau terbaik, pasti akan ada peluang. Tapi kalau pun masih tak dapat satu pun peluang, mungkin belum rezeki dan teruskan saja berdoa dan berusaha memperbaiki diri.


Selamat beramal!


(Macamana rasanya menganggur, dan pada masa yang sama PTPTN seolah-olah sedang mengejar dengan parang panjang untuk menuntut hutang? Sadisnya!)