ST12 - BIARKAN AKU JATUH CINTA








mata ini indah melihatmu
rasa ini rasakan cintamu
jiwa ini getarkan jiwamu
jantung ini detakan jantungmu
dan biarkan aku padamu
menyimpan sejuta harapan aku padamu 
rasa ini tulus padamu 
takkan berhenti sampai nanti ku mati
biarkan aku jatuh cinta
pesona ku pada pandangan saat kita jumpa
biarkan aku kan mencoba
tak peduli kau berkata tuk mau atau tidak
mata ini indah melihatmu
rasa ini rasakan cintamu
jiwa ini getarkan jiwamu
jantung ini detakan jantungmu


peeeergh.....Dila jiwang seyh
Dila dah jatuh cinta.....!

bhahah! tak ada maknanya! sebenarnya aku tertarik dengan lirik lagu ni dan melodinya sekali. well, apalah erti lirik tanpa melodi, kan? first time aku dengar lagu ni adalah pada hari sabtu lepas. semasa aku syok tonton cerekarama Emily lakonan Adi Putra dan Nabila Huda.

erk, camne aku boleh tengok TV? bukan ke dekat bilik tak ada TV? apa itu TV? bagaimanakah rupanya? kacakkah? ayukah?

haha, soalan inferior untuk si inferiority! actually after THAT incident, my emak dan abah teramatlah risau. so they decided to visit me here.. hoorrayy! emak dan abah sampai sini dalam pukul 3 camtu. then kami round-round sekitar Bangi dan Kajang untuk cari USB Broadband yang dicuri si stupid tu. unfortunately, tak ada. maknanya aku kena pergi ke Lowyat atau pun Pertama Complex. cheh! bajet mau pergi je eh. manalah aku tau tempat gitu. well, buat masa ni biarlah hal Broadband tu aku K.I.V dulu.

Oleh kerana emak dan abah sampai sini petang, makanya mereka sepakat untuk tidur saja di sini. penat tu kalau baru datang, terus nak balik! kesian je kat abah nak kena drive. haish, stupid punya pencuri! so untuk memudahkan proses rehat dan tidur, kami telah menyewa sebuah chalet di Teras Jernang. nama chalet tu ialah CTJ (bukan SiTi Janda woh!). bilik fully furnished kecuali kelengkapan dapur, ada air-cond = RM70. what? murah seyh! well, ini bukan Hilton mahupun Ritz Carlton yup. ahaa, kerana RM70 tu juga aku berjaya tengok TV (setelah sekian lama aku tak dapat tengok TV dengan nyaman macam yang selalu aku rasa ketika di rumahku syurgaku)

berbalik pada cerekarama Emily yang aku sukaaaaaa sangat jalan ceritanya! kalaulah aku boleh berada dalam cerita tu dan pegang watak Emily. well, namanya pun cerita kan. tapi best sangat! dari background music yang digunakan sampailah ke teknik penceritaan. mwahaha! aku bukan pemegang Ijazan Seni Layar mahupun Teater yup. so when it comes to reviewing the storyline, memang aku zero! tapi aku nak jugak cuba demi kepuasan diri. blog aku, suka hati akulah! hehe =)

gambar dipetik dari  sini

ceritanya begini;

Adi Putra (Uria kot nama watak dia - Uria Hannan) dan Jehan Miskin (aku lupa dia pegang watak apa) kawan baik. pastu satu hari Jehan hantar telegram pada Uria mengatakan dia sakit. kalau tak silaplah kan. Uria punya la rush nak tengok keadaan Jehan tu. tengok-tengok Jehan OK je pun. so si Uria ni pun hangin la kan. but even Jehan nampak OK, tapi kalau aku sebagai kawan baik, mesti aku akan syak sesuatu sebabnya Jehan keep talking about MATI MATI MATI. weh, kawan mana tak tersentap bila kawan dia dok cakap pasal MATI je.. dan yang paling berkesan dalam jiwa aku adalah:

kalau aku boleh pilih tempat untuk mati, aku mahu mati di bahu kau, Uria (gini la lebih kurang bunyinya)

waktu Uria dengar tu, dia macam fikir si Jehan ni auta aje lebih. sebab Jehan ni tak nampak macam orang sakit pun. masih gila-gila jugak. tapi masa part akhir sebelum Uria tinggalkan wad Jehan, Jehan nyatakan lagi kata-kata tu. kali ni bunyinya lain. sampai Uria sebak. dan aku confirm-confirm dah bergenang time tu! (nasib baik mak kepenatan, so terlelap sudah dalam kesejukan air-cond manakala abah pergi sembahyang Terawih kat masjid berdekatan: kelemahan aku adalah menangis depan orang even parents aku sendiri. malu! bhahaahaa!)

ok, back to the story. keesokannya bila Uria nak melawat Jehan (siap bawak bunga lagi! - bunga kot' huhu!) Uria berselisihan dengan nurses yang tengah tolak katil yang mengandungi jenazah (sumpah, gaya aku cerita ni tak menyedihkan langsung! tak ada feel weh. haha!). Uria mintak kebenaran nak tengok, time dia selak aja kain yang tutup muka tu..pap! (tak ada la bunyi camni..cuma aku nak bayangkan seperti dihempap langit je. huh, metafora sungguh!) dia tengok itu adalah wajah Jehan. tersentap dan terduduk dia! kawan baik meninggal dunia. aku pulak terbayang-bayang wajah Jehan bila dia tutur dialog 

kalau aku boleh pilih tempat untuk mati, aku mahu mati di bahu kau, Uria...

aduh, sedih sungguh. aku pun tak tau kenapa aku betul-betul hayati cerita ni. of course la sebab aku suka, kan. tapi tahap kesensitifan aku lain macam. wohoo, biasa la. dah nama pun perempuan. ada masanya memang tahap sensitif tu terlebih dari biasa.

ok, back to the story AGAIN. haha, kalau wayang kulit camni mesti ramai orang berambush sudeh. sebelum meninggal, Jehan beria-ia dan seboleh-bolehnya minta Uria jaga (kahwin la tu) adik perempuan dia iaitu Emily. mula-mula Uria ingat Jehan hanya merepek meraban. tapi bila Jehan dah meninggal, Uria rasa itu tanggungjawab dia sebab kalau tak silap aku dia ada terhutang budi dengan Jehan ni. kalau tak silap la. (aku memang tak boleh pergi mahkamah sebab asyik sebut kalau tak silap aja. fakta pun boleh jadi tak releven weh!). ha, lepas aja part ni terus tukar mood. ada kelakar, ada sengal jugak. 

yang buat aku teruja ialah watak Uria. aduh, punyalah penyabar! pada aku, lelaki penyabar ni ada keunikan tersendiri. nak kata seksi tu macam melampau la pulak. tapi aku memang kagum dengan lelaki type ni. penyabar. tapi sabar dia bukan bermaksud boleh dipijak sesuka hati. cuma mungkin bila dirasakan perkara itu tidaklah seserius mana, tak membahayakan nyawa dan persekitaran, sabar aje la yang terbaik. apa ada hal? daripada si baran. lagi la tension. asyik nak marah je. perkara kecik pun boleh jadi hangin pada dia (macam aku la tu! haha - tu pasal aku kena cari lelaki penyabar tahap gaban nih! ngiahaha!)

ok kali ni last, back to the story again. hehe! mula-mula diaorang memang tak ngam. yela, kahwin pun bukan atas dasar cinta. tapi lama-lama ada la riak-riak cemburu dan terharu. Uria ajak sembahyang berjemaah weh! waduh, udah la penyabar. ajak solat berjemaah lagi! tu belum masuk bab pandai masak a.k.a boleh sinsing lengan baju buat kerja dapur. kalau aku pun boleh terus jatuh cinta dengan laki macam ni. walaupun kena kahwin paksa! huish, lantang sungguh bunyinya. off the record please! nak dipendekkan cerita, well seperti biasa mereka jatuh cinta akhirnya.. so sweet...!

so kesimpulan untuk ciri-ciri lelaki idaman 'buat masa ni' (dush!):
  • penyabar a.k.a cool je (say no to mr. baran!)
  • menerima apa adanya
  • pe'solat' yang setia
  • tiada alahan dengan kerja-kerja dapur
  • caring (aku nampak kualiti ni dalam watak Uria!)
  • macho (ciri-ciri ni kelihatan agak mengada-ngada, tapi apa salahnya mengidam, kan? haha! Uria nampak selekeh tapi pada aku diri dia sangat macho seyh!)
  • memiliki set rambut dan janggut (misai optional) exactly macam Uria
  • tinggi macam Uria
  • unik macam Uria
  • Uria Uria Uria!


waduh, aku sudah jatuh cinta! 
lalu biarkan saja aku jatuh cinta.
kerana hanya dengan itu aku akan kenal apa itu setia.

eccewahh!

p/s: google punya google rupa-rupanya this superb drama was directed by erma fatima. i love whatever she 'touched'!