THE MOST HORRIBLE DISEASE


Lately ni aku dapat rasakan yang aku sedang dikuasai oleh virus M iaitu MMMALASSEMALASMALASNYAHAMPEH, when it comes to those unwanted assignments and upcoming tests. aku pun tak tahu kenapa aku macam dah hilang semangat nak bukak buku, settlekan all assignments as early as i can. kalau dulu, biasanya aku yang akan tanya, "bila nak start buat?". tapi semenjak empat lima menjak ni aku lebih senang untuk KIV semuanya. SEMUANYA oke! dan yang paling parah, bila aku hanya tunggu group-mate aku yang bersuara dulu. hadoi, padahal cuma tinggal 4 minggu aje ni sebelum final exam yang terakhir buat aku. 

kalau tak silap aku sejak sebulan lepas aku jadi canggini, iaitu genap satu bulan peristiwa hitam legam itu berlaku. mungkin aku yang terlampau emo, asyik teringat dan terkenang perkara yang dah berlalu, barang yang dah pergi dan tak kembali. mungkin jugak kerana ujian dan cubaan dari DIA yang aku rasakan seperti bertimpa-timpa sepanjang tahun ni. sepatutnya bila dah berada dalam fasa final year ni, aku akan lebih bersungguh-sungguh. tapi apa yang jadi sebaliknya pulak. plus lagi, sejak lepas KUIS lagi memang aku dah kehilangan salah satu sumber inspirasi. hilang macam tu aje, so boleh bayangkan macamana rasanya?

dalam selamba-lambanya muka aku ni (bila ada depan mak abah), tetap jugak ada elemen risau, gabra dan stress dalam kepala otak aku ni. setakat ni aku masih mampu simpan lagi even kadang-kadang nampak la jugak betapa hampehnya riak muka aku ni. seriously aku risau. risau mengenangkan betapa suntuknya masa yang aku ada untuk settlekan semua assignments, menghadapi tests dan juga bersedia untuk final exam. hanya 4 minggu iaitu 1 bulan dan tanpa study week u know?!! selalu jugak aku fikir, akukah yang silap uruskan masa sejak dari awal lagi? tapi seingat aku, ada 3 major subject aku yang start lambat dan asyik postponed aje (aku tak tau bila lecturer tu akan ganti balik those missed weeks). plus sebelum cuti raya itu hari, dapat assignment baru pulak. wallaweh, aku nak cuti satu sem ni boleh tak? tunggu sampai nafsu nak study aku macam kat KUIS dulu kembali. oke, bagi mengeruhkan lagi keadaan yang dah sedia keruh dan berkeladak ni, molek benar la andainya aku senaraikan segala tugas bagai that i have to face within two weeks ni (the rest two weeks to submission zone sudeh!). manatau boleh mendatangkan nafsu serius dan nak belajar seperti dulu,kan?

EMPLOYEE TRAINING AND DEVELOPMENT
literature review
interview questions
interview
logbook
pop-test! kabooom!

INTERNATIONAL BUSINESS
interview
report
midterm exam

MANPOWER PLANNING
literature review
interview questions
interview
logbook
pop-test! kabooom!

OPERATIONS MANAGEMENT
design for environment: A Research!

INDUSTRIAL RELATIONS
literature review
interview questions
interview
logbook
pop-test! kabooom!

KO-K
program participation - this one yang paling aku kecik hati sebab paling banyak songeh, takde integration between lecturers. yang ni kata len, yang tu habaq len. plus, ianya hanyalah ONE DAMN CREDIT HOUR! apalah salahnya kalau mereka kumpulkan semua students yang amik KO-K, then buat complete briefing about this course by seorang yang bertauliah. ada yang tak paham, just kemuka soalan on the spot. easier right?

INDUSTRIAL TRAINING
cari company

BIZ CLUB
report to Dr Rohayu

BEBELAN LAIN
  • skrin lappy sengal! padahal lappy dulu yang lebih tua daripada yang ni pun sihat walafiat, tak de masalah! yang ni pulak nak rosak. kau hengat aku ni anak jutawan ke apa? apsal masalah yang melibatkan duit ni tak kena pada orang yang kaya raya aje?
  • selain daripada masalah penyakit malas yang tak bertepi, aku jugak mengalami sindrom baran dan mahu marah sokmo. rasa nak bentak dan campak semua benda yang aku nampak. but why?
  • walaubagaimanapun malas aku ni hanya terhad pada kerja-kerja sekolah. kerja-kerja rumah semuanya aku dah kasi settle. rumah pun bersih maa. tak caye, tanya mak! cuma bab-bab masak je aku golongkan sekali dalam senarai kerja sekolah aku! in fact, boleh dikira berapa kali aku sentuh kuali dan sudip tu.
  • kaki sakit. maybe penat. yeah, maybe. aku quite risau sebenarnya sebab kesakitan ini hanya menyerang kaki yang pernah tercedera suatu ketika dahulu.
  • to be continued
haih!