RANDOM RAYA


Sejak lappy hilang. aku mula belajar tentang sesuatu, iaitu betapa perlunya second album (selain daripada lappy, thumbdrive atau external HD kerana masih tinggi tahap kebolehcurian berlaku) sebagai back up segala gambar-gambar yang telah dicaptured. yela, penat je posing-posing syok sendiri kalau akhirnyanya dicuri oleh manusia durjana kan (nampaknya sejak akhir-akhir ini, penggunaan kata-kata dan bahasa budak ni agak kesat dan laser gamaknya!). seperti yang diketahui, dengan kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini, telah menjadikan internet sebagai medium untuk storage atau lebih sedap kalau aku panggil gudang virtual. assignments, paperwork, journal, lagu, filem, resipi, gambar, dan banyak lagi jenis benda boleh disimpan dalam internet ni (buruknya bunyi!ok, dalam website yang menyediakan perkhidmatan storage sama ada FOC mahupun WC). tapi walaupun begitu, aku tetap lebih selesa simpan gegambar dalam blog aje (yang selected la tapi) in lieu of using photobucket, fotopages ataupun 4shared - to name a few.
So bersempena dengan bulan syawal yang masih berbaki ni, elok juga kiranya aku upload gegambar yang telah di- dan tercaptured pada beberapa minggu yang lepas ek (padahal rindu nak balik rumah walaupun baru je sampai kolej!)

Taraaaa!
Tempeyek (me and alihabshi used to call it Peyek) merupakan favorite keluarga yang tak tertanding rasanya. well, its my mom's cook!

Kebun Timun - we visited there during second Syawal (sewaktu aku masih tido [kat rumah adik mak] lepas Subuh, mak teriak "Dil, nak ikut pergi kebun bibik tak?" "Nak!" - so tanpa mandi, aku hanya sempat gosok gigi dan terus sarung tudung ikut mereka. hehe!)



 Captured this not because of the hanging cucumber but the fact that i am a big fond of green!
Rumah atuk (abah's side). tak de sapa tinggal dah since atuk dah meninggal, tinggal atuk (nenek) ja yang ada. plus rumah ni telah dimasuki pencuri dan digeledah dengan shitnya. thus jadi hotel lima bintang untuk kelawar.
Arwah atuk yang sangat aku sayang! *i m gonna blog about him soon*
Kubur arwah atuk. yang belah belakang tu, moyang lelaki dan yang tak tercaptured belah depan kubur atuk pulak kubur moyang perempuan

Kubur arwah yai
jambatan kat rumah nyai. ala-ala suasana kampung Nur Kasih ek? *tiba-tiba
Antara gambar yang paling aku suka. Macam skilled photographer yang amik kan? plus, ala2 dslr gitu. ngahaha! (actually, kat rumah ni punya la kami bagi salam tapi tak dak orang sahut pun. padahal kereta ada ja. maybe memang tak dak orang KOT. ni jiran rumah nyai)
Haa, ni rumah nyai yang dah usang sebab tak de sapa tinggal. Nyai tinggal dengan bibik sekarang. (Bibik maksudnya makcik tu adik mak. bukan maid atau yang sewaktu dengannya tau der!)
Tak ingat sapa nama atuk ni. Tapi aku suka tengok muka dan gaya dia. Rasa hati jadi tenang je. Maybe sebab macam arwah atuk
Tiap kali balik kampung, ni antara rumah yang paling aku suka tengok. Pic tak keren sebab ambil dari dalam kereta.
Pekan Parit Jawa. Aku suka jugak sebab bangunan dia yang lama. Pic tak keren sebab ambil dari dalam kereta.
Duku sebagai alat untuk menguji skil fotografi dan kebolehan kamera yang agak cabuk.
Merepek lagi kerepek!
With Syafiq - Cousin. Haha, mulut tak boleh blah!
Dila dan Ella (eh eh eh under my umberella eh eh eh) *pening
With cousins - Yana & Sofea. Actually aku suka tengok muka berkerut dia. Hehe
With cousin - Aisyah. Dia ni dulu lahir premature tau. Siap masuk Nona lagi. Tapi sekarang, rasanya tinggi pun mau lebih dari aku ni besok-besok (ke aku yang memang dah sedia pendek?)
With abah
With mak
p/s: I love my family