MY FIRRSSTT D.I.Y!

Salam my dear diary. ecceh! nak jugak. actually ni kira topik ala-ala HARI INI DALAM SEJARAH la sikit pasal ianya merujuk kepada betapa aku telah berjaya hidup sebagai manusia yang berguna pada hari ni. ngeh ngeh ngeh! kalau la mak ada, musti tak jadi canggini. apa cita?

okeh, tadi aku decided untuk basuh la segala cadar dengan sarung bantal yang dah berdebu macam kena sidai tepi Jalan TAR je aku tengok tu kan. so bila dah basuh, kenalah ganti dengan yang baru. sejuk si katil ngan bantal kalau aku dok biaq mereka tanpa sebarang pakaian. mereka pun macam manusia jugak apa 
so, berbalik pada hal ganti mengganti ni, bila aku selongkar almari yang agak usang bagi aku barulah aku perasan yang aku terlupa bawak sarung bantal busuk tapi wangi aku. hah,sudah! kang kalau orang tengok boleh terguris maruah aku! banyak peta woh! dari Johor sampai nak ke Padang Besar kot gambaran peta tu. so sesapa tak de GPS boleh rujuk bantal busuk aku. FOC man! so, dont hesitate hesitate wokeyh?! hehe.

then lepas aje aku termenung jap. tingggg ada mentol atas kepala. maknanya idea dah masuk la tuh kan. aku bukak balik laci yang bersepah dengan selendang stokin tudung tuala telekung bagai tu. then aku nampak ada sarung bantal lebih. tapi ni besaq punya saiz compared to yang wangi busuk tu la kan. so sebagai manusia yang kreatif, aku pun terpikir satu cara yang boleh selesaikan masalah besar aku ni.

camne aku settlekan?ten ten ten!! bunyi macam dalam cite P.Ramlee.
-
--
---
----
-----
------
-------
--------
---------
----------
TING!!!!

okeh, memula sediakan bantal busuk dengan sarung bantal yang besaq tak hengat tu

then sumbatkan aje bantal tadi ke dalam sarung tadi. tolak sampai hujung yang boleh. kira bagi dia fit la

lepastu fold it like that. bentuk lain pun boleh jugak. tapi bagi aku yang ni lebih tinggi la sentimental valuenya.hihi

dah lipat, kuarkan gunting yang paling tajam dan benang dan jarum. oleh kerana berjauhan dengan mak so guna je satu-satunya benang yang ada. walau tak matching janji benang namanya

lepastu jahit la kat area hujung lipatan tu. aku prefer tengah sebab senang dan cepat. kalau tepi mau kena balance kanan kiri pulak kan.
tadaaaa!!! jika ada kesabaran, inilah rupanya sarung bantal yang telah dijahit tadi. mudahkan? kalau super duper kreatif boleh je letak reben ke, butang baju ke...tapi dek kemalasan dan aksesori yang terhad maka itu sajalah hasil terbaik yang pernah aku buat berkenaan MY VERY FIRST D.I.Y. heheh..kira hebat la juga kan 
 p/s: huaaaaaaaaaargh! aku mau tido. kepala aku pun dah senoneng dek pil selsema ni, then tengok jam - pukul 2.33 a.m dah rupanya. adoyai kalau tang assignment, pukul 11 ko dah menguap luas macam harimau eh!. ohhooiii!