SAMURAI HIGH SCHOOL

mas Shirota Yu yang guanteng!

Cool huh?taste aku tuh!hahah!actually sekarang ni aku dalam mode tak sedar diri pasal galak sangat nonton citer Jepun. ni la kali kedua aku dok ngadap citer Jepun lepas Zettai Kareshi dulu tu.padahal assignment masih menjerit-jerit mintak diselesaikan.tapi...bagi la aku masa weh!jemu aku ngadap korang tahu?ok,berbalik pada citer ni yang tajuknya dikenali sebagai Samurai High School.peran utamanya adalah Miura Haruma yang memegang watak sebagai Michizuka.eh bukan!Mochizuki.hehe.nama Jepun ni memang harram la aku nak ingat melainkan Toyota dan Honda saje.

Setakat separuh bab satu cite ni yang aku paham cite dia pasal si Mochizuki ni yang pathetic.tiba-tiba ada satu malam tu,dia dapat kuasa Samurai dan menakutkan tiga budak pompuan yang macam hampeh dok membuli Shirota Yui yang berlakon sebagai Nakamura.dia dapat kuasa ni pun lepas belek satu buku sejarah yang dia dapat kat library yang entah hape-hape ntah.bila dia tanya bapak dia,kalau tak silap aku,dia ni memang ada nenek moyang yang ada kena mengena dengan Samurai ni.kiranya coincidently inherited la kan.wah cakap omputeh engko!so tu je la yang aku paham setakat ni.tapi so far cite dia agak kelakar jugak la.dan ape yang aku nak highlight kat sini sebenarnya si Shirota Yu tu.

 haha.not bad la jugak dia tu kan kan kan.muka macam omputeh sikit.tapi macam Jepun pun ada.kira mixed la ni.tapi ada satu part tu yang aku tak suka bila sang pengetua uni dia dok menggedik dengan si laki ni.nama aku tak amik port la pulak.tapi kalau kat uni standard macam Presiden MPP la orangnya.aktif bersukan dan jadi kegilaan budak perempuan.padahal muka biasa je pun.baik lagi si Mochizuki tu.apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan Nakamura kan.haha.

Well,realitinya daripada citer ni.selalu sangat berlaku bila kata-kata orang yang lebih berpengaruh dan terkenal didengari berbanding dengan orang yang kurang menyerlah even though kadang-kadang pendapat orang kurang menyerlah tu ada bernasnya.ni kira macam favoritism la.nak lebih parah lagi bias dan diskriminasi.aku pun kengkadang tercebur jugak dalam situasi tu.tapi depends la.kalau orang tu betul-betul aku tak suka dan pernah buat aku sakit hati,aku bolayan je dia.buat-buat pekak sudeh.buruk kan perangai camni?yelah,orang mana sempurna 100%.so mustahil la kan boleh puaskan hati semua orang.entah-entah orang pun rasa sama macam apa yang aku rasa.aku tak suka orang,orang tak suka aku.well..dunia kan.macam tu la.so lepas ni aku akan cuba untuk tidak tak suka orang la iaitu dengan memegang prinsip takde sapa sempurna dalam dunia ni.boleh gitu?

p/s:semalam kan,budak yang aku 'tak suka' sebab tak balas senyum bila aku senyum kat dia,senyum kat aku.haha,petanda baik ni! :)