LIBURAN: TANJUNG BALAU & DESARU

Beberapa minggu lalu, aku telah menjejakkan kaki ke kawasan yang agak terceruk dan terpinggir dari bandar JB iaitu Tanjung Balau & Desaru. Sepanjang jalan nak menuju ke sana memang menguji kesabaran. Dalam hati asyik berkata “Jauh lagi ke? Bila nak sampai?” sebab jalannya bengkang bengkok, berbukit bukau dan berhutan berpokok. Ada jugak terbayang kalau-kalau kereta buat hal, nak minta tolong pada siapalah agaknya eh. Actually aku quite excited lah sebab kali pertama aku menjejakkan kaki ke pantai since aku tadika dulu. Peh, sadis betul.
Tapi, perasaan excited aku tak kekal lama sejurus selepas membilas diri sebab aku dapat rasa muka burned, kasar & pedih. Aku memang dah jangka dah sebab kelemahan aku adalah kulit yang menggedik atau lebih sopan lagi – sensitif terhadap pancaran UV. Cheh! Apapun bagi aku experience yang worth than everything. Yebba!

Tanjung Balau
Stones & Anonymous

Scratch & Win!

Desaru a.k.a Hawaii *lah konon

Windy-Breezy-Perfect Day for Mr. Kite-Lover


Tentang lokasi ini:
*Lokasinya jauh amat dengan bandar JB. Of course la beb!
* Untuk masuk area pantai Tanjung Balau, it’s F.O.C ye. Lagi sekali….FREE.
* Kalau Desaru, ada dua; Masuk terus ke hotel/resort area. Yang ni kira private la. Manakala yang public punya KENA BAYAR okeh. Kalau tak silap ikut bilangan kepala dalam kereta or sebijik kereta RM4.00 per entry.
* Ada disediakan tempat mandi/membilas yang agak selesa di Tanjung Balau. Ni tak free lah. Kalau semua nak free, pergi cari pulau buat pantai sendiri!
* Mengenai ombak: Kalau kat Desaru, aku terus terang memang bahaya & tak berani aku nak jejak. Sekadar pijak pasir je sudeh pasal ombak dan angin sama-sama kuat. Lagipun aku tak pandai berenang. But bagi orang yang suka surfing memang terbaik lah!
* Di Tanjung Balau pulak lebih relax sebab pantainya lebih landai. Tapi lepas pukul 2.30 petang camtu, terus bunyi siren warning sokmo. Mr. Baywatch tu kata laut pantai mulai surut & takut dibawa arus ke tengah laut & lemas. Semalamnya ada orang hampir lemas woo!
All in all, short trip kali ni memang best! Even aku macam dah serik tapi at the same time rasa nak lagi mandi laut walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah muka yang ketara. Haish!