Apabila kita terlampau teruja dengan
sesuatu yang baru kita temui
Terutama sekali apabila ianya merupakan
perkara yang sememangnya ingin diketahui saban hari
Pastinya kita akan selalu melihatnya
Berulang-ulang kali
Tanpa ada sekelumit pun rasa jemu
Bahkan ianya menjadi sesuatu yang teramat indah untuk
diabaikan
Namun
Apabila rasa teruja itu semakin menghilang
Pastinya kita akan berhenti melihatnya lagi
Bukan kerana mahu melupakan
Jauh sekali melenyapkan
Tapi kerana kita sudah mulai nampak
Apa yang Tuhan cuba tunjukkan
Dan Dia mahu kita berfikir
Sebaiknya
Bukan mengikut kehendak rasa hati
Kerana
Apa yang kita terlalu inginkan itu
Tidak semestinya baik untuk kita
Tapi
Alhamdulillah
Jika apa yang diidamkan
Sememangnya ditakdirkan untuk kita
#Wallahuaklam...