BUKA PUASA

diam tak diam, dah masuk hari ke lima aku berjaya menunaikan ibadah yang satu ni. kalaulah dapat menjalaninya selama sebulan tanpa sempat ponteng walaupun sehari pun, alangkah baiknya! (macam mustahil je)
semalam aku dengan Najaa decided untuk berbuka puasa and perform solat sunat terawih outside campus. so, after Asar we went to Alamanda Putrajaya. 
oleh kerana kami pergi pada hari Sabtu, so orang-orang yang datang pun boleh tahan ramainya.

first, singgah Carrefour kejap. niat nak beli peanut butter, tapi tak de. 
peanut butter yang menjadi kegilaan

so Najaa aje la yang beli pensil warna yang kontot tu. lebih kurang 1.80rm kalau tak silap. so, rembat adalah satu kewajipan lah. hiks! aku pulak, alang-alang pencil case dah koyak rabak macam roti jala 
rabak teruih!

so cari pensil case baru..... 

tadaaa!
hijau lagi! 3rm aje. morah kan?? pastu keluar aje, aku nampak Watson. masuk jap, dapat la sebatang gincu yang tak berapa nak branded dan mahal. alah, bibir aje pon (cheh, kalau dah kerja nanti masihkah akan berkata sebegitu?) 

then, sesi survey tempat nak berbuka puasa. at first, we aimed at the Chicken Rice Shop la kunun. pasal lengang aje. tak de sesapa pun. sekali zoom punya zoom, rupanya meja-meja yang kosong tu reserved. haish, tak pe teruskan pencarian dengan hati berkobar-kobar dan perut tersangat lapar (mak kata dah besor mane buleh sebut lapau lapau lapau!). akhirnya kami singgah saja di Nando's. (first time aku singgah weh, pasal sebelum-sebelum ni tak de sapa sudi suggest tempat ni. abih-abih pun KFC, Mekdi, Food Court, Ayamas). yang buat aku terpegun ketika kami mendekati gerai ini adalah:
"kalau nak reserve, kena ada yang tunggu" 
hallamak, udoh le time tu baru 6.30, berbuka pulak around 7.30 gitu. satu jam weh! ingatkan nak reserve jap, pastu pi Cold Storage nak cari peanut butter.
so, nampaknya kena la duduk melangut for almost an hour. tak sampai setengah jam, semua tempat telah pun fully occupied. nasib aku dengan Najaa buat keputusan yang bijak. gheeee!

time lapar, tisu pun nampak sedap!
so, untuk berbuka puasa time aku telah order 1/4 ayam yang extra extra super duper hot, Mediterranean Rice, Potato Salad dan Ice Lemon Tea (gila sedap. mau aje aku tambah lagi dua order yang sama!). 

yami!
 
kegilaan ke-2

ahaa, lupa pulak. Nando's siap bagi kurma free lagi. KURMA tahu? aku tak suka kurma sebab aku akan terbayang akan cik Lipas busuk yang suka menyebuk kat belakang rumah manusia tu! haish... tapi oleh kerana first time makan di Nando's maka aku pun nak jadikan hari itu sebagai first time bagi aku untuk habiskan seribu bijik sebiji kurma dengan jayanya and i did! applause please! hehe. actually minda aku aje yang gedik-gedik tak nak makan kurma. so from now on, aku kena jadi pencinta kurma yang setia lah kan.

settle aje makan, aku tersinggah pulak kat kedai jual selendang. adoh, rambang mata gue! semuanya chantek chantek!! kan sekarang aku nak jadi pemakai selendang yang kreatif dan inovatif. ehehe! bukan apa, selendang ni material dia tebal. so, isu nampak leher la, halkum la, teliga la....TAK TIMBUL oke. selain daripada selendang, aku jugak sempat merembat sehelai tudung. hampir-hampir aje aku setuju nak apply member card. tapi tak pe ah. nanti sebelum baik raya aku nak singgah lagi. heeeee!

aku suka!
lepas tu kami terus terbang ke surau. adoh, ramai gila la. nasib bawak telekung sendiri. kalau tak, menggigil la aku solat dek kerana menahan bau yang hangit, sengit dan tengik tu. telekung lembap tok sah cerita lah kan. settle aje maghrib, terus terbang lagi ke Masjid Besi. wah gitu!! aku terawih kat masjid besi, kau! first time jugak ni. masa lalu kat masjid merah tu (aku tak sure siapa nama sebenar masjid tu), punya la penuh parking kereta (time tu adalah sekitar pukul 9++). orang berpusu-pusu nak berjemaah kat masjid. macam kat Mekah tu (yang kat tb la pasal aku pun belum pergi lagi). kat situ sempat aku terfikir betapa Allah tu Maha Hebat, orang berpusu-pusu nak menyembah-Nya..

aku dah terfikir dah, agaknya kalau penuh Masjid Besi tu camne la mau solat eh? tapi baru aku perasan yang selalunya orang dah buat 8 rakaat terus cabut. so mesti ada tempat jugak nanti. sampai aje kat sana, hah! betul. so rezeki kami la jawabnya. alhamdulillah.

chantek!

so selesai aje solat, sempat pulak amik gambar. dok posing sana sini. memang jakun betul! tapi biarlah, janji aku tak kacau orang, tak kotorkan kawasan masjid dan tak buat bising sudeh!

kesimpulannya, perjalanan semalam memang menyeronokkan. terima kaseh Najaa! :)

nota: baru aku perasan aku banyak guna so so so so so la kali ni!