BILA

Sebelum ni aku tension/bingit kot bila ada orang tanya soalan camni. Rasa macam nak je jawab "Pergi la tanya Allah. Apehal tanya aku?". Tapi tak tergamak kot cakap gitu depan sedara mara, esp makcik2 pakcik2. Confirm dia cop aku minah laser takde adab. Mak abah aku jugak dapat kredit nanti. Haha.

Ada jugak satu masa tu, bila aku rasa seolah-olah dah jumpa jodoh aku, then bila orang tanya terus aku terfikirkan dia. Kononnya mengharapkan dialah orangnya. Tapi, Allah lebih tahu. Besar mana pun effort kita, perasaan kita, sayang kita, ambil berat kita cuba tunjuk kat dia, kalau Allah kata bukan dia orangnya, tak akan jadi jugak. Dia tak akan nampak, tak akan faham dan tak boleh baca jugak. 

So akhirnya aku terpaksa terimalah. Nak buat macamana. Jangan tanya perasaan aku bila tengok muka mak yang seolah-olah anggap dialah orang yang akan hidup dengan anak dia ni, tapi akhirnya bukan jugak. Mujur sekarang mak dah tak dan nak tanya2 lagi pasal dia. Apparently dia pun sedih dan terkilan. But, sorry mak, dila tak ada kuasa nak control bab2 jodoh ni. Haha. 

So back to those pictures, aku tertarik dengan satu part tu, bila dia kata:
"Tuhan nak bagi banyak masa untuk jaga parents". Soothing soul kot. 
Kita hidup ni bukan semata-mata nak please satu orang manusia je. Kita masih ada mak, abah (especially) sedara mara & kawan2. So, bahagiakan diorang la. Dan diorang akan bahagiakan kau. Tak ada maknanya nak meroyan kerana sorang manusia (even though meroyan sometimes spontan dan tak boleh ditahan). Tapi meroyannya kita, menangis gila macamana pun, dia tak akan tahu dan tak akan nampak pun. So no point right?

One more ada betul juga kata bro ni:
"sempat ke kahwin, atau ajal sampai dulu"
Kahwin bererti kau akan melangkah ke kehidupan baru.
Tapi kalau dah ajal/maut datang jemput dulu, kau tak ada lagi peluang nak hidup, nak kumpul amal banyak2. Semuanya habis, berakhir dan menunggu waktu untuk perhitungan dan penilaian oleh Dia. Allahuakbar.

So berbalik pada persoalan 'bila?', better untuk kita pandang dari sudut positif la. Minta orang yang tanya tu doakan yang baik2. Tak mau tension2 dah. Manusia memang suka bertanya, kan? Takkan sebab tanya 'bila?' kau nak putus sedara. Haha.

JIKA

Bismillah

Ya Allah

Jika ini takdirnya
Kau permudahkanlah

Jika ini ketentuannya
Kau berkatilah

Jika ini jalannya
Kau rahmatilah

Namun jika sebaliknya
Kau jauhilah kami dari terluka

Ya Allah
Tuhanku yang Maha Mengetahui

Manusia paling bahagia

Saat kau melangkah ke hadapan, berhenti dan menoleh ke arah aku
Akulah manusia paling bahagia
Ketika dalam ramai, melihat kau berdiri di antara mereka
Akulah manusia paling bahagia
Melihat kau mengukir senyuman dan ketawa bersama mereka
Akulah manusia paling bahagia
Bila sedar dari mimpi akan kau
Akulah manusia paling bahagia
Bila melihat kau bahagia
Akulah manusia paling bahagia
Kau aku andaikan seperti layang-layang yang terbang megah di dada langit
Aku hanya dapat melihat dari kejauhan,
Tak dapat aku sentuh
Tak dapat aku dekati
Di sebalik kebebasan kau terbang ke sana  sini
Aku tahu ada benang yang tersimpul rapi
Benang yang mengikat kau
Benang yang tak akan membiarkan kau terbang tanpa adanya dia
Untuk itu
Biarkan saja aku berdiri di sini
Melihat kau dari jauh
Kerana itupun dapat menjadikan aku
Manusia paling bahagia

#Wallaweh!!!! Aisya Sofea in the making? Heh!

#LESSON: DON'T RUSH

Got Adrenaline Rush in the very morning,
Almost hit the orange cones on the road.
Huh!

#I dreamed about dia these two days.

#L920 V 1

The food hunter

Green

The Day of Malaysian's Voice

Panorama

Pantai Lido


Mee Tiub Basikal

IBU

26

Tak lama lagi aku akan jejak tangga tu. Bukan tangga gaji, bukan juga tangga bangunan. Tapi tangga umur.

Tadi, tengah aku baring-baring sambil godek handphone baru mak (hadiah abah, sempena hari ibu katanya - tu pun aku yang dok usha a.k.a bagi hint suruh beli. well, lelaki ni adakalanya perlu diingatkan tentang sesuatu perkara, kan? sebab selalunya pandangan lelaki dengan perempuan tak sama. I mean, the way they think)
Ahh, lupakan tentang lelaki perempuan tu.

Berbalik pada subjek 26.

Ada sorang budak yang belajar mengaji dengan mak, tiba-tiba masuk bilik, panggil aku :

"Kakak, nak minum air." 

"Ok, kejap."

Jawab aku sambil terus bangun ke dapur. Time aku tuang air dalam gelas dia dok perhati je aku. Then dia bertanya:

"Kakak, kakak dah masuk universiti eh?"

"Dah. Kakak kan dah kerja."

Dia diam dan terus minum, lalu bertanya lagi:

"Kakak dah jadi ibu eh?"

"Erk?! Belum. Kakak belum jadi ibu lagi"

Time tu aku rasa terkejut pun ada, pelik pun ada. Macamana nak jadi ibu adik oi, laki pun aku tak ada lagi. Hahaha. Persoalannya, apasal tiba-tiba budak darjah satu boleh tanya aku soalan macam tu?

Mungkin, dia masih feeling sambutan hari ibu kot dengan family dia. Atau mungkin aku ni nampak macam ibu-ibu je. Standard ibu dia.

Oops, macam ibu-ibu? Haih, no wonder la masa aku umur secondary school like 16 or 17 dulu ada orang tanya aku :

"Anak awak ye?"

Masa tu aku teman anak jiran aku main Kat playground area belakang rumah.

"Ehh, taklah. Anak jiran."

Dan sekarang, aku terfikir pulak. Macamana kalau aku ada anak angkat ek? Ala-ala Rizalman Ibrahim / Misha Omar tu. Wah, mau soseh soseh orang dok bercakap. Kalah paparazzi dok?

Tapi, kalau mampu apa salahnya, kan?

#Selamat hati ibu mak! Semoga sihat selalu, bahagia dunia & akhirat. Saaaayang mak! :)

#Baru-baru ni agak trending kat internet, ada sorang pelakon lelaki dikatakan derhaka pada mak dia. Aku minat juga kot kat dia sebab good looking la jugak. Taste aku katanya. Hahaha.

Komen mak aku: "Buat apa handsome tapi derhaka dengan mak dia"

Komen aku: Erm, no komen. Nilai sendiri then judge. Apa pun, ikatan mak & anak takkan dapat dihapuskan sampai bila-bila.

#Kepada awak yang sudah kehilangan ibu, semoga ibu awak ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kalau awak masih ingat, pernah saya pesan, sebelum buat apa-apa ingat apa perasaan ibu awak kalau dia tahu apa yang awak buat. Saya tahu, awak pun sayang sangat kat mak awak, kan? :)

GUYS TALK

    1. Dia ni dengan dia ni ada apa-apa ke? Asyik bergambar dedua je.
    2. Oh, belum kahwin lagi dia ni? Ingatkan bini orang.


Me: Haha! Sometimes, guys do also into gossiping yawh.

PESAN EMAK

Lain kali bila dah masuk waktu sembahyang, berhenti buat kerja, pergi sembahyang dulu. Mana tahu kalau balik rumah jalan jem, dah tak sembahyang.
 
Mood : Sentap, tapi Alhamdulillah dapat wake up call walaupun so far tak pernah pulak jalan jem time nak balik rumah. Emak sayang aku, aku sayang mak! (Begitu juga dengan abah) :)

KENAPA

Manusia normal dan persoalan adalah sesuatu perkara yang dikatakan biasa. Adanya akal, adalah persoalan yang terbit dibenak untuk sesuatu perkara yang dilihat, didengar dan difikirkan.

Sama macam aku.

Terlalu banyak kenapa yang tak berjawapan yang berlonggok di setiap sudut kotak fikiran aku sejak aku bergelar manusia.

Bagaimana aku boleh mengurangkan soalan-soalan kenapa yang tak berjawapan ni?

Kalau aku lontarkan keluar, aku takut.

Takut kalau-kalau jawapan kepada soalan tu sebenarnya sudah jelas dan nyata wujudnya.

Cuma aku aje yang masih tetap mahu simpan soalan-soalan kenapa yang tak berjawapan tu.

Tak dapat terima kenyataan, mungkin.

Tapi aku masih bersyukur. Sebab kapasiti ruang simpanan ni masih banyak boleh diisi. Jadinya bolehlah buat simpan benda-benda lain, selain soalan-soalan kenapa yang tak berjawapan tu.

Lagi pun, aku lebih suka mengikut flow. Maksud aku, jangan paksa. Jangan paksa soalan-soalan tu untuk keluar. Biarkan saja.

Sebab aku percaya, lama kelamaan soalan-soalan tu akan hilang dengan sendirinya. Sebab hidup ni bukan semata-mata untuk memikirkan soalan-soalan itu aje.

Kan?

ESOK LUSA

Esok will be attending a wedding dekat Pahang

Lusa pulak meeting awal pagi

#Cramp! But yang penting dapat jalan-jalan ke negeri orang. Hehe!

CRY

Oww, JB is crying
JB is cold
I can't see the blue sky
Because it is hiding behind the massive cloud
I can't see the sun 
And the moon as well
But it doesn't matter
As long as I can breathe
And pray for your happiness

#Ali.hab.shi

BUSY

Busy : Actively or fully engaged or occupied

Yeah, you're just too busy with what you've been doing, which I just got to know it - The proud-of-you thing.

While I'm not going to let you go until my just-want-you mind say so.

Pretending that you doesn't exist is just like saying the sun is cold and the moon is hot.

So, all I can say is - My Allah bless you always and .......Amin 

#Still

ROKOK

Harga rokok katanya nak naik 20 seng. 

Tapi,

Kalau naik 20 - 30 ringgit pun masyuk jugak, dok?

Aku pernah tanya sorang mamat ni, kenapa mesti merokok dan kenapa tak boleh berhenti merokok? Bulan puasa boleh je tahan.

Kata dia : "Dah try berhenti, tapi DEMAM satu hari".

Ohho, that bad, huh?

Aku tak merokok, aku tak tahu penangan kalau satu hari tak dapat rokok. Cuma aku harap, pada kamu yang dulu tak merokok tapi tiba-tiba aje dah merokok, tergeraklah hati depa nak berhenti dan terus tak nak merokok dah.

Aku tak juga kata orang merokok tu orang jahat. Don't get me wrong, yah. Tapi, bagi aku kalau tak merokok lagi better kot.

Nope, bukan kot. Tapi sure!

#Cubalah untuk kembali tidak merokok, ye kamu? :)

YEAH

Yeah,
You're a shining star
and
I'm just an ordinary telescope.

#Terima kasih Tuhan, kerana hari ini Kau memberi aku izin untuk melihat senyuman itu lagi.

TUDUH TANYA

Tanya dan tuduh adalah dua kata yang berbeza. Meskipun kedua-duanya mempunya lima huruf dan dimulai dengan huruf T, tapi masih kedua-duanya tidak sama, tidak seerti, tidak serupa dan tidak sehaluan.

Dari segi maksud :

Tuduh - Menunjuk dan mengatakan bahawa seseorang melakukan sesuatu kejahatan
Tanya - Meminta keterangan atau penjelasan tentang sesuatu

Tapi ada ketikanya perkataan yang tidak sama, tidak seerti, tidak serupa dan tidak sehaluan ini saling berkaitan.

Sebelum tuduh, elok tanya dulu. Jangan main hentam buat kesimpulan sendiri. Salah tuduh nanti boleh memakan diri. Apatah lagi kalau lemparan kata-kata tuduhan itu tajamnya melebihi pisau. Bisanya sangat menusuk, walaupun tak berdarah pun boleh meninggalkan parut.
Bila nak bertanya pulak, biarlah dengan cara yang elok. Orang kata, biarlah berlapik. Salah cara tanya, boleh kecik hati orang yang nak kena jawab tu. Dah satu hal, buat orang touching.
Tapi bagi aku perkara ini agak subjektif. Sebab setiap orang mempunyai cara dan gaya yang tersendiri. Bagi orang yang a bit sensitive ni, bila kena tanya dengan orang yang jenis cakap lepas, mungkin boleh makan dalam jugak la. Padahal dia sebenarnya jujur dan straight to the point. Tak reti nak kias-kias, nak kipas-kipas.

Dan bagi orang yang banyak gunakan pelapik dan kias-kias ni, tak semestinya dia nak kipas-kipas. Tapi nak menjaga hati. Takut kalau terlepas karang, kecik pulak hati. Dalam hidup ni, tak baik buat orang kecik hati, kan? Lagipun, tak rugi kalau kita jaga sikit hati orang dan bersabor.

Mak pernah kata:
Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.
Yang ni bukan mak yang kata:
 Kalau orang tengking-tengking kita, kita lek lek lu kan aje.
Haha!


# I hate arguments. Itu sebab tak boleh jadi lawyer!




CARILAH CINTA

Carilah cinta yang sejati
Yang ada hanyalah padaNYA
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padaNYA Yang ESA
Carilah cinta yang abadi
Yang ada hanyalah padaNYA
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada TUHANmu
Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang diredahi
Namun janjiNYA
Kepada hambaNYA
Tidak pernah dimungkiri
Dan tidak pernah melupakanmu
Yakinlah kepada TUHANmu
Kerna DIAlah cinta hakiki


#Best best best!

HIDUP MATI

>> Salam beb, wat pe?
> Perhati orang. Ni kat wedding sedare. Sama umur kita beb. Laki pulak tu. Heh.
>> ..... Ko tengah usha yang encem encem ke? Hehe
> Aku? Takde maknanya. Aku usha sorang je beb. Tu pun 'tak wujud'. Haha. ..... Kat rumah ke?
>> Ko kata tak wujud? Kalau tak wujud, tak de la ko ingat sampai sekarang, kan. ..... A'ah kat rumah.
> ..... 
>> Haha, dia kan retis bagi ko. Takpe la, ko ..... dah ..... tahun, kan? Lama tu. Hihi.
> Hehe, takpe. Kita tengok je berapa lama lagi setia ni boleh pergi. 
>> .....
> ..... Sementara hubungan masih 'hidup' jaga aje la baik-baik ye. Kang kalau dah 'mati' nak hidupkan balik pun payah.
>> Amboi ayat ko sekarang tak boleh tahan. Siap hidup mati lagi. Baik boss! Hehe.
> .....

Sesungguhnya,  hidup dan mati sesuatu perkara itu di tangan Tuhan. 

Jika hidup, semoga hari esok dan seterusnya akan menjadi lebih baik berbanding hari ini dan hari-hari sebelumnya.

Namun, jika sebaliknya, pasti ada hikmah disebalik takdir sesuatu perkara itu.

Wallahuaklam.


AMIN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Ya Allah, perkenankanlah doa kami. Janganlah Engkau hampakan harapan kami. Tiada apa yang berkuasa di atas ini melainkan Engkau. Kami datang kepadaMu, berdoa kepadaMu dan berharap daripadaMu janganlah dihampakan harapan kami.

Amin : Haru Biru

APABILA

Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu Istighfar

#Sedap pulak suara si Sofi Jikan bila menyanyi @ syurga di mana.

DEMOK

Demok adalah kucing belakang rumah aku
Yang selalu panjat pintu mintak makanan

Aku panggil Demok sebab kucing tu kecik lagi
Pendek
Tapi badannya semangat, macam aku

Hahahaha!

Aku tak perasan bila Demok tak ada
Cuma petang tadi balik kerja
Tiba-tiba tergerak hati nak panggil Demok

Demok..oh..Demok...Demok..

Tapi tak ada respon
Selalunya kuat dah mengiau sambil panjat grill pintu belakang

Abah kata dah dua tiga hari Demok tak ada
Tiba-tiba aku cuak

Tak ada?
Maksud?

Aku terus jengah tingkap
Panggil lagi

Memang tak ada
Hadoi

Manalah si Demok ni pergi?

Aku tak kisah kalau ada orang ambil dan bela Demok
Sebab Demok bukan hak aku

Yang aku kisah kalau ada orang tuuut
Ambil Demok, bunuh dan makan Demok
Kan memang ada aje spesis orang makan kucing

Ah, aku tak nak fikir yang buruk-buruk
Aku harap Demok dibela
Demok dapat tuan baru
Yang lebih sayang Demok
Yang boleh bagi Demok makan lagi sedap
Yang boleh jaga Demok baik-baik
Sampai besar

Tapi
Walau macam mana pun
Aku tetap rindu Demok

Demok, baliklah ye kalau Demok ingat kat kita ni

#Nampaknya 'jodoh' aku dengan Demok tak panjang.

##Kepada pemilik Demok dan pemilik kawasan itu, tolonglah jaga sesuatu yang pernah aku ada dengan baik ye. Kalau tak nak, pulangkan kepada aku balik selagi aku terdaya untuk menjaga sesuatu itu.

UNTITLED

Tahukah engkau bahawa:

Bait-bait kata engkau itu sebenarnya menakutkan aku. Jadi janganlah engkau sembarangan berkata-kata sekiranya kata-kata engkau itu bisa mendatangkan rasa curiga pada tuan punya kawasan itu. Aku tidak akan pernah mahu berada di dalam kawasan larangan itu. Karena itulah aku bertekad untuk pergi jauh dari kawasan itu sekalipun aku terpaksa merangkak bersama-sama runtuhan yang telah aku bina sejak dahulu lagi. Asalkan saja aku bisa hilang dan lenyap daripada kawasan itu. Semuanya demi engkau dan pemilik kawasan itu - Hormat

#HikayatMerengMerewangSeh!

KAWASAN KAMU

Kamu,

Maafkan saya kerana pernah berniat dan cuba untuk masuk ke dalam kawasan kamu. Sesungguhnya saya tidak pun mengetahui yang kamu telah pun mendiami kawasan itu. Saya juga terlupa bahawa saya telah pun meninggalkan kawasan itu untuk sekian lama. Kerana sudah terbiasa, saya sangkakan yang kawasan kamu itu tidak berpenghuni. Tapi tidak mengapa. Saya akan segera meninggalkan kawasan kamu ini. Meskipun tidak serta merta, sekurang-kurangnya saya akan cuba untuk tidak melintasi kawasan kamu lagi. Jangan risau, ya. Sebab jika saya berada di tempat kamu, saya juga tidak suka kawasan saya diintai, dilalui dan diganggu oleh orang lain. Maka, kerana memahami perasaan kamu, maka saya akan berundur sedikit demi sedikit sebelum hilang dan lenyap begitu sahaja. Cuma, berilah saya masa kerana agak banyak benda yang telah saya bina di kawasan kamu sepanjang saya mendiami kawasan kamu itu. Jadi, untuk merobohkannya, tentu mengambil masa, kan. Saya harap kamu dapat memahaminya. Terima kasih di atas kerjasama dan pertimbangan yang kamu berikan kepada saya.

Wassalam.

#Atoiyai!

WORDS

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Mendengar. Jika takdir tidak menyebelahi aku dan dia, maka Kau jauhilah aku daripada mengingati dirinya siang dan malam seperti hari ini dan hari-hari sebelumnya. Jika situasi aku dan dia tidak dapat kembali seperti dulu dan menjadi lebih baik, maka kau jauhilah aku daripada menantikan dan mengharapkannya. Sesungguhnya aku tahu bahawa aku tidak sepatutnya menyimpan perasaan ini buat insan yang tidak Kau takdirkan untukku, Ya Allah. Jauhilah aku daripada terlalu mengingati dirinya lebih daripada aku mengingatiMu dan rasulMu. Buangkanlah ingatanku terhadapnya andai dia tidak merasakan apa yang aku rasakan terhadapnya. Hanya kepada Engkau aku memohon. Amin Ya Rabbal Alamin.
Dengan nikmat mata, hati dan akal yang dikurniakan itu, gunakanlah ia untuk melihat dan berfikir akan setiap jawapan dan petunjuk yang Dia beri bagi setiap persoalan yang sekian lama kau lontarkan itu.

Sejauh mana pun manusia itu berlari, akhirnya dia akan kembali kepada Penciptanya juga.

Wallahuaklam.

aiFON FEVER



Sometimes, I think my old w890i phone is slightly looks like the brand new iPhone5.

Well, at least there is an 'i' behind the name.

Haha!

I can't afford to get the brand new gadget in my hand lah.

By the way, I still keep my eye on Sony Experia S because I don't like to have the same gadget with other people around me. (Mak kata, kalau tak nak sama, pergi buka kilang sendiri!)

Haha! Jom kumpul duit lagi! :)

AWAN NANO ASMARA BEIJING

Currently, mendengar lagu Awan Nano Nano Nano dekat Astro Citra. Teringat lagi bila ada orang make fun dengan si Hafiz ni sebab with little investment on costume dia dapat jadi juara. JUARA okeh. No designer's touch on his baju dan seluar, compared to the other competitors tu. Yelah, sesuai dengan tema pertandingan itu sendiri, yang lebih berat pada lagu dan vokal pesertanya. Kalau IFF, takkan nak pakai tracksuit dengan t-shirt kot. Dah kenapa kau? Haha.

Actually, kejap lagi akan ada tayangan ulangan cerita Asmara Beijing. Aku tak tahu kenapa aku suka dengan cerita ni. Most probably, sebab heronya lah. Siapa lagi kalau bukan Incik Shamsul Yusuf tu. Hehe. Ceritanya bagi aku agak menarik. Alkisahnya,

Tentang sepasang kekasih yang mana si girlfriend minta clash dengan si boyfriend sebab dia saksikan kecurangan boyfie dia tu dengan orang lain. Yang boyfie tu sungguh-sungguh minta maaf, mengaku sayang lagi kat girlfriend. Tapi kaciwa punya pasal, girlfriend tak nak dan pergi bercuti ke Beijing sebab nak lupakan kisah-kisah lama.
Bila kat Beijing, jumpa pulak dengan ex-boyfriend yang dolu-dolu tu. Then perasaan berputik kembali. (Note : Boyfriend curang tu still nak girlfriend dia terima dia balik. Aaand ex-boyfriend tu pulak kahwin dengan orang lain but divorced, so he is a cool duda. Haha, cool ke?)
Part yang lain aku malas nak highlight, just drama drama drama. Akhir sekali boyfriend dia dapat terima kenyataan yang diorang tak ada jodoh, so dia redha bila girlfriend dia kembali kepada ex-boyfriend dia yang duda tu. The end.

Apa yang aku teruja nak bebel kat sini ialah, kalau aku kat tempat girlfriend tu rasa-rasanya aku cair kot bila dengar ungkapan maaf daripada si boyfriend tu. CAIR. Sebab, dengan cara dia tu, aku pulak yang jatuh kesian. Dengan kerja tak tentu arah dek masalah tu. Lepas tu tak putus asa memujuk. Hoho,dari kesian terus  maafkan dan terima balik. Wah gitu! Tapi kalau dalam realiti aku tak tahulah. Sebab jika ikut perasaan mungkin itu yang aku buat. Tapi bila ikut kewarasan, mungkin juga sebaliknya. Sebab:

Kecurangan dia tu bukan kecurangan yang sembarangan ye. Ini melibatkan perhubungan dengan perempuan lain. PEREMPUAN LAIN. So memandangkan tahap kecemburuan aku ni setinggi Gunung Everest tu, so kirim salam sajalah. Lagi pun, perempuan 'perhubungan' tu keep mengejar dia, minta bertanggungjawab. Dan aku rasa this is bad! TOO BAD. Apa pulak kata mak abah kalau aku still nak go on dengan dia. Lagi satu, kalau sekarang dia boleh buat, entah-entah bila dah kahwin, lagi extreme daripada tu pun boleh jadi. Atoyai, achaner tu? Makan hati, mau?
Tapi, kalaulah hati aku berat nak kat dia juga, jalan terakhir adalah solat istikharah, solat hajat. Minta petunjuk. Mana tahu Tuhan nak uji aku dengan situasi macam tu. Lagipun, tak ada manusia yang sempurna kat dunia ni, kan?
Ahaha, lagi satu, aku suka dengan lagu Anuar Zain dalam cerita ni. Bila tanya Incik Google, dia kata tajuk lagu tu ialah CINTA HARUS MEMILIKI dan liriknya adalah sebagaimana berikut: (Skemanya, haha!)

Sejauh ku berlari
Meninggalkan dirimu
Masih bayangmu yang menawan
Sekuat ku mencoba
Melupakanmu kasih
Lalu mengapa ku tak sanggup
Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah
Selamanya
Ku tak percaya kita
Terpisah karena berbeda
Lalu ke mana kan ku cari
Ku tak percaya kata
Cinta tak harus memiliki
Lalu mengapa?
Hati terasa sakit
Sekeras ku berfikir
Mencari alasannya
Semakin jatuh ku terluka
Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah.. oh..
Ulang Chorus 2x
Hati terasa sakit..

 P/s: Nampaknya aku ni dah terlalu banyak bercerekarama dan bernovel la. Jiwa-jiwa sungguh! Apa pun, cerita dalam cerekarama dan novel tu tak semestinya sama dengan alam realiti, tahu?

:)

DISTRACTED

Whenever I felt distracted, I'll be just like a statue and I can't easily breathe! And that's what happening to me right now. My my my!

Ok myself, take a deep breath and close your eyes and....sleep. Haha, not at this time lah. Apa yang kau lakukan sekarang adalah satu ibadah. So do it! Kalau ikhlas dapat pahala. Kalau malas dapat pening kepala.

I have been so malas and demotivated kot nowadays, itulah pasal asyik pening kepala je. Haaa, ingat jangan ikutkan perasaan. Berdiri berpaksikan logika itu adalah terasnya.


Lesson -
Kadangkala kita perlu melawan arus untuk melakukan sesuatu yang betul.
Oh, what about this -
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.


Mood: Drowning! Help!

BOLEH JADI

Boleh jadi,

Sesuatu yang kita sanggup 'dying for' itu akan menjadi sesuatu yang kita benci sangat-sangat sehingga untuk melihatnya pun jiwa rasa sakit. Tapi tidaklah sampai sakit jiwa, masuk hospital mental.

Boleh jadi,

Pada masa itu, jiwa yang sakit itu akan terubat bila kewarasan akal fikiran menyatakan:

Itulah sebab Allah lukiskan takdir cerita aku untuk menjadi seperti itu. Kerana sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui.
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)
Well, I'm just a vulnerable particle trying to survive on the massive island named earth.

Oh, harus tanamkan tekad agar aku tidak lagi mengikut perasaan, mengingati perkara yang dah lepas, berhabuk, berkarat dan tidak dapat digunakan lagi untuk masa hadapan. Depreciated dan perlu dilupuskan segera. Kerana:

Boleh jadi,

Perkara itu memang sudah tidak mahu aku menjadi tuan/pemiliknya, lalu untuk apa aku simpan ia?

Pada situasi dan ketika ini, tidak boleh digunakan kata-kata 'Diam itu tandanya setuju' kerana

Boleh jadi,

'Diam itu tandanya tidak mahu'

P/s: Dekat hujung-hujung tahun ni, I got three wedding receptions kena attend. All of them tu sebaya dan lebih muda daripada aku. So, bersedialah menjawab soalan-soalan yang dah lali untuk didengar and as usual, pilihan jawapan yang dah ada dalam skema aku:

A.Belum sampai seru
B.InsyaAllah
C.Tahun depan
D.Kena tanya mak!

POST CEDOK

Again, daripada wall Facebook aku terbaca satu post yang berbunyi seperti di bawah:

COUPLE? Orang yang bijak tidak akan pilih jalan couple jika dia menyukai seseorang. Sebab dia tahu orang yang dia suka itu belum tentu jodoh dia.

Jadi, adakah ini bermakna orang-orang yang bercoupel di luar sana tu tidak bijak? Even, ada yang dah ke jinjang pelamin dan beranak pinak pun.

Entah!

Bagi aku, soal tak bijak tu adalah apabila terlalu 'memberi' 100% masa bercouple. Fahamlah maksud memberi tu, kan. So bila terlalu memberi sangat pun tak boleh. Sebab takut-takut tersalah beri, jadi lain pula yang terbeli.

P/s : Suka lagu Sedang Apa, oleh Sammy Simorangkir tu :)



UNTITLED

Sedang aku scrolling wall Facebook, tiba-tiba terbaca satu post yang quite interesting la juga kot. Kalau tak, masakan aku begitu ambil pusing dengan post tu. Maka:


Sebelah kiri berbisik

Tu pun nak post kat wall
 
Sebelah kanan pula membalas

Biarlah, itu wall dia. Tak ada tag nama kau pun

 
Then, tergerak hati untuk jadi stakler balik. So pergi ke page yang satu itu. Maka:


Sebelah kiri berbisik

Jadi betullah dia dah ada dia
Itu sebabnya dia adalah dia
 
Dan sebelah kanan tak balas-balas sampai sekarang


P/s: Kalau pun betul, bersedia sajalah untuk terima sebab situasinya memang kian begitu, wahai saya.



 

I AM A STALKER

Stakler :
Someone who prowls or sneaks about; usually with unlawful intentions

Yeah, I am a successful stalker. Who cares anyway? But, don't worry because I won't hurt you. In fact, I'm hurting myself by trying hardly to forget you.

#Ehh..bahasa apa ni? =)

ROSES!


WOOT WOOT

Psst.. ada modelling academy area Taman Universiti!


:)

ANDY & WORKSHOP

My love Andy admitted since last Friday and I have been missing him since then lah!




......and it costs me RM370.00. What a day....

BIGBANG - MONSTER : ROMANIZED



It’s been a while since we’ve met
Your face looks good
You got prettier, you were always beautiful in my eyes
But today you look a bit different
You look especially a bit cold
Your eyes that look at me are filled with pity
In front of you, I seem smaller
I tried to be fine, trying to change the subject
Though I had so much I wanted to ask you
You cut me off right away
Your long hair flowing
As it hit my cheek and passed away
You turn away and left right away
If I try to catch you here, would that be too ridiculous?
Nothing comes to my mind
As you tremble, you take a step, two steps back
You say that I scare you now
You’re like a moon that makes me go crazy
* I love you baby I’m not a monster
You know how I was in the past
When time passes, it’ll all disappear
Then you will know baby
I need you baby I’m not a monster
You know me so don’t leave like this
If even you throw me away, I will die
I’m not a monster
No matter what happens, let’s be forever
When we’re sad, when we’re happy, let’s go till the end
You don’t say that tomorrow
Let’s love like today is the last
A life without you is like an imprisonment for life
An extinction from the world to the point where I’d go crazy
Your existence is a chronic disease, a repitition of pain
You’re a lingering attachment in my heart
The people of the world have turned their backs against me
The corners of their eyes are all twisted up
The greatest pain to me,
Is the fact that you became the same as them
* Repeat
Don’t go, don’t go, don’t go, don’t leave me
Don’t do it, don’t do it, don’t do it, it’s not like you
Getting farther away, love is breaking apart
Don’t find me, don’t find me, don’t find me, don’t look for me
The last, last, last image of me in front of you – remember that
Don’t forget me
* Repeat
I think I’m sick
I think I’m sick
I think I’m sick
I think I’m sick
p/s: melting! :)

GARANG-GIRANG

Mak kata aku garang.
Realitinya?
Entah.
Mungkin.
Dengan orang dan pada situasi tertentu je kot.
Sebabnya.
Bila dengan orang tertentu juga.
Aku boleh jadi lemah.
Weak.
Macam bateri yang lama tak dicas.
So aku perlukan charger untuk hapuskan rasa weak tu.
Tapi chargernya susah nak cari.
Sebab model lama.

Berbalik pada persoalan garang.
Kalau aku garang.
Sekejap aje.
Bila dah cool.
Lupa terus garang.
Bertukar menjadi girang.
Yang ni pun.
Orang tertentu je boleh buat aku betul-betul girang.
Dan.
Realitinya.
Orang yang boleh buat aku garang lebih ramai
Daripada orang yang boleh buat aku girang.
Tapi tak mengapa.
Sebab aku lebih suka menggirangkan orang.
Daripada buat orang garang bila berhadapan dengan aku.
Sebab ada dua kemungkinan bila orang jadi garang dengan aku.

Satu.
Aku garang balik.
Dan pada masa tu.
Orang garang tu takkan suka dengan apa yang keluar.
Daripada mulut aku.

Dua.
Aku sedih.
Sedihnya.
Macam bila tengok anak kucing terbuang mati depan mata aku.
Dan aku takkan rasa girang bila berhadapan dengan orang garang tu.

Tapi jangan risau.
Sebab selalunya.
Kemungkinan aku garang balik.
Tak berlaku.
Sebabnya.
Aku lebih suka simpan dalam.
Simpan elok-elok.
Jangan sampai ada sesiapa tahu.

Memang tak ada sesiapa tahu.
Sebab aku tak suka simpan lama.
Jadinya.
Aku akan lupakan dan maafkan.
Begitu saja.

Dengan itu.
Hidup lebih indah.
Hati lebih tenang.

Kan?

KELIRU

Aku keliru

Bagaimana untuk mendapatkan keseimbangan antara

KEPERLUAN

dan

KEMAMPUAN

Keperluan tu aku lihat lebih kepada faktor untuk mencapai sesuatu

Tapi keperluan ni didorong oleh desakan yang kuat


Kemampuan pulak dari segi komitmen untuk 'feed' keperluan tu

Sebabnya keperluan tu memerlukan elemen kemampuan

Tak ada faktor yang sanggup buat sesuatu jika imbuhan kemampuan tak ada

TAK ADA

I can assure that (In the sama context lah)

So how?

What to do?

Ok, melihat dari sudut positif

Situasi ni sebenarnya mengajar aku untuk berfikir

Cara untuk mendapatkan titik keseimbangan

The problem is

Cukup ke masa kau

Untuk berfikir hal-hal macam tu

Ahh....

Alasan

Jangan jadikan masa itu alasan

Sebab

Nak tak nak

Memang kau kena fikir pun

Sebab itu kau dipanggil MANUSIA

#koi


JAUH

Jauh itu jarak
Dekat itu hati
Wajah itu kamu
Diam itu menanti
 
#Bukan Mak Jemah cakap
 

BERTAHAN

Bertahan,
Kerana sesungguhnya kamu tidak tahu apa yang berlegar-legar di dalam hati dan fikirannya.
 

CERITA DIA

Aku
Kalau dah suka sesuatu benda tu
Aii susah beno nak melupakannya
Itu sajalah yang aku akan hadap bila-bila aku free

Macam juga lagu ni
Dulu aku anti betul
First sebab encik vokalis tu dok terjerit-jerit demi nak menyampaikan lagu tu dengan baiklah katanya
Dengan kata lain
Nak menjiwai lagu tu sendiri
Kedua sebab tiba-tiba ada pulak suara perempuan kat hujung-hujung lagu tu
Bila difikir balik
Apalah salah si perempuan tu pada aku sampai aku nak 'menyampah' pulak dengan dia
Tapi bila dengar banyak kali
Dek radio yang suka ulaaaaang je
Lama-lama jadi suka pulak
So kesimpulannya
Jangan sembarangan anti / tak suka pada sesuatu perkara
Sebab ada kemungkinan akan rasa sebaliknya satu hari nanti
Hahah, apa aku merepek ni
Ok lah
Demi rasa suka pada lagu ini
Maka elok dipampang di wilayah ini
Supaya boleh aku dengar hari-hari!

Taraa....!

CERITA DIA

 
 
Sempurna
Cerita yang tak sempurna
Apakah alasannya
Siapakah di hatinya
Bahasaku
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah
Rela ku tunggu jawapanmu
Masihkah aku ada di hatimu
Saat ini
Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku tak bernyawa lagi
Sampai nanti
Rela ku tunggu jawapanmu
Masihkah aku ada di hatimu
Saat ini
Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku tak bernyawa lagi
Saat ini
Rela ku tunggu jawapanmu
Masihkah aku ada di hatimu
Saat ini…
Kredit : SINILAH!

TERUJA


Apabila kita terlampau teruja dengan sesuatu yang baru kita temui

Terutama sekali apabila ianya merupakan perkara yang sememangnya ingin diketahui saban hari

Pastinya kita akan selalu melihatnya

Berulang-ulang kali

Tanpa ada sekelumit pun rasa jemu

Bahkan ianya menjadi sesuatu yang teramat indah untuk diabaikan 

Namun

Apabila rasa teruja itu semakin menghilang

Pastinya kita akan berhenti melihatnya lagi

Bukan kerana mahu melupakan

Jauh sekali melenyapkan

Tapi kerana kita sudah mulai nampak

Apa yang Tuhan cuba tunjukkan

Dan Dia mahu kita berfikir

Sebaiknya

Bukan mengikut kehendak rasa hati

Kerana

Apa yang kita terlalu inginkan itu
Tidak semestinya baik untuk kita
 
Tapi

Alhamdulillah

Jika apa yang diidamkan
 
Sememangnya ditakdirkan untuk kita
 
#Wallahuaklam...


CONVERSATION

Kadang kadang kamu menjauh dari seseorang bukan berarti kamu tidak memikirkan tentang dia, tapi kamu tahu bahawa kamu tak bisa bersamanya 

8.9.2012

Lilian : ...Hehe.. tapi bila ada pic kahwin nikah tu mesti ko sedih sikit kan.. So aku tumpang rasa je la.. Hehe.

N.A : Entah, camne perasaan time tu tak boleh nak jangka. Tapi akan doakan dia bahagia je la. Huhu. Nama pun sayang, kan. Ahaks!

Lilian : So sweet.. Erm betul kata ko.

N.A : :)


ALL OF SUDDEN

Oww, it's September and this is my first post for 2012! Hahah.

Berlumut dan berhabuk betul my dear blog ni. But since tiba-tiba mood
popped out, so kita kasi touch up sikit-sikit la ye.

Plus, macam dah banyak improvement pada si blogger ni.

So, let's check it out!

#aok.koi :)

GOOD BYE

U,
I think,
it's just the right time for us to say good bye. 
After what we have been through lately, 
yeah
it's just the right time to say goodbye.
Please,

Don't let me know you are there

Just pretend that we are strangers

and

We are not meant to be together.

Bye bye!

I HATE THIS PART

It's been a while since i felt this way years ago. Duh, I know, this is not a good sign when I started waiting, wanting, hoping and wondering. In fact, this kind of rubbish-things got to be demolished away from my emotional territory. My my my!
I Hate This Part - Nicole Zinger Burger

KEGILAAN ; NEW LOOK

New Look


Kegilaan lama aku kembali, iaitu : Kecenderungan untuk upgrade lappy dengan usha dan usaha aku sendiri.

Aku pernah alami kegilaan ini dahulu

Tapi, hilang tiba-tiba setelah kekasih lappy lama dicuri

Dan kini, aku dapat rasai kembali aura kegilaan ini

Tak kisahlah kalau orang kata

"Huk aloh. Ketinggalan zaman sungguh. Ore doh ado yang lagi canggih la der!"

Yang penting

Aku ado!
Haha

Merepek lagi aku rupanya!

LIBURAN: TANJUNG BALAU & DESARU

Beberapa minggu lalu, aku telah menjejakkan kaki ke kawasan yang agak terceruk dan terpinggir dari bandar JB iaitu Tanjung Balau & Desaru. Sepanjang jalan nak menuju ke sana memang menguji kesabaran. Dalam hati asyik berkata “Jauh lagi ke? Bila nak sampai?” sebab jalannya bengkang bengkok, berbukit bukau dan berhutan berpokok. Ada jugak terbayang kalau-kalau kereta buat hal, nak minta tolong pada siapalah agaknya eh. Actually aku quite excited lah sebab kali pertama aku menjejakkan kaki ke pantai since aku tadika dulu. Peh, sadis betul.
Tapi, perasaan excited aku tak kekal lama sejurus selepas membilas diri sebab aku dapat rasa muka burned, kasar & pedih. Aku memang dah jangka dah sebab kelemahan aku adalah kulit yang menggedik atau lebih sopan lagi – sensitif terhadap pancaran UV. Cheh! Apapun bagi aku experience yang worth than everything. Yebba!

Tanjung Balau
Stones & Anonymous

Scratch & Win!

Desaru a.k.a Hawaii *lah konon

Windy-Breezy-Perfect Day for Mr. Kite-Lover


Tentang lokasi ini:
*Lokasinya jauh amat dengan bandar JB. Of course la beb!
* Untuk masuk area pantai Tanjung Balau, it’s F.O.C ye. Lagi sekali….FREE.
* Kalau Desaru, ada dua; Masuk terus ke hotel/resort area. Yang ni kira private la. Manakala yang public punya KENA BAYAR okeh. Kalau tak silap ikut bilangan kepala dalam kereta or sebijik kereta RM4.00 per entry.
* Ada disediakan tempat mandi/membilas yang agak selesa di Tanjung Balau. Ni tak free lah. Kalau semua nak free, pergi cari pulau buat pantai sendiri!
* Mengenai ombak: Kalau kat Desaru, aku terus terang memang bahaya & tak berani aku nak jejak. Sekadar pijak pasir je sudeh pasal ombak dan angin sama-sama kuat. Lagipun aku tak pandai berenang. But bagi orang yang suka surfing memang terbaik lah!
* Di Tanjung Balau pulak lebih relax sebab pantainya lebih landai. Tapi lepas pukul 2.30 petang camtu, terus bunyi siren warning sokmo. Mr. Baywatch tu kata laut pantai mulai surut & takut dibawa arus ke tengah laut & lemas. Semalamnya ada orang hampir lemas woo!
All in all, short trip kali ni memang best! Even aku macam dah serik tapi at the same time rasa nak lagi mandi laut walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah muka yang ketara. Haish!

CONVERSATION: LILIAN

I am currently curi tulang in this cold office. Wah, such a damn straight forward confession huh?

(spelling changed due to violation of language issue. Ngahaha!)

Lilian : Babe, aku dah gemuk. Lengan dah besar, berat mesti dah naik.. Adess...

Me: Aih? Baru balik kot? Lain la aku. Dua malam mengadap kek Secret Recipe. Keh keh keh!

Lilian : Memang dah besar dari duduk sana. Baru perasan depan cermin ni.. Hek hek hek!

Me : Wohoo.. Tak apa, ko tunang lama lagi kan? :P

Lilian : Ha? Apa yang merepek ni? Sapa tunang? Aish, gila apa?


Me : Ko la. Tunang lama lagi, so it's not a big issue, i guess.

Hehe!

p/s: Selamat bertunang buat tiga kawan saya yang berada di Kedah, Pahang dan Perak. So sorry aku tak dapat attend. Anyway, korang dijemput ke majlis aku sooooooooooooooooooooooooon ye. :)

MY MOM'S COOK & MY WEIGHT

Soto Tulang Lombu omak den. *tiba-tiba

Yummy!

p/s: nah, i have put on weight since the first day i arrived home. OMG, mom's cook is always irresistible maa! 

REALIZE


ohhoo!
time to get serious babe
no more gaps
no more movies
no more chillaxing
no more blogging
but blog-walking is still considerable
gaaah!

06-11-1987






Happy 23rd Birthday awak
may Allah bless awak always
and
have a happy life
:)

06-11-1987 -  06-11-2010


MR. POLAROID a.k.a INSTAX

Di sebalik kekalutan yang sedang menghantui diri dek kerana dua subjek yang belum di'exam'kan lagi, sempat pulak aku mengusha benda baru yang menjadi kegilaan aku semenjak dua menjak ni. Kalau zaman sekarang ni orang sibuk mengejar gadget yang bercirikan all-in-one, aku pulak tiba-tiba merasa kegatalan untuk memiliki benda yang bakal memenuhkan beg aku, secara tak langsung memaksa aku beli beg baru yang lebih besar saiznya. Ngahaha! Reward untuk diri sendiri sekali sekala apa salahnya kan? Hi hi! 

Benda ni kalau nak dibandingkan dengan gadget canggih manggih yang dah sedia ada memanglah jauh bezanya. Ibaratnya kau compare antara Bentley dengan Proton Tiara kot! lol! Tapi tadi masa aku browse laman sesawang yang berkenaan, tak ada la huduh sangat rupanya sebab design yang sekarang punya lebih cute la berbanding dulu dan itulah yang membuatkan aku lagi eager nak beli benda ni. Apa bendanya benda yang asyik disebut benda ni benda ni tu? Huaa.... jeng jeng jeng!!
cute huh? macam muka robot!


ni la sebab aku nak sangat mr polaroid ni sebab gambonya boleh keluar terus seyh! *tiba-tiba jadi jakun!
Yang ni versi comel habis! Aku nak yang ni le! haih, comelnya ko!
Tapi bila aku berhajat nak beli Mr. Polaroid a.k.a Instax ni, banyak benda pulak aku kena fikir berkenaan dengan kebajikan dan keperluan dia. Ok, kalau Digi-Cam yang aku dah ada tu sonang bebeno nak jaga. Bila bateri weak, cuma perlu charge selama dua tiga jam, pastu ready to snap pic la kan. Tak payah fikir filem bagai. Memory card pun mau dua gigi gigs, bila penuh, transfer ke lappy. Then bila lappy kena curi dek devil terdesak tu, semua hilang! Huh, sengal! Kalau Mr. Polaroid a.k.a Instax ni pulak, antara benda yang aku kena ambilkira adalah filem dan baterinya. Tapi apa ada hal kan? Bateri habis, aku cilok la bateri jam & remote control kat rumah! Haha, anak mak abah memang gini! :) 

Sedang syok aku usha, terjumpa blog INI (credit to Ms. Saffawati, the owner of the blog) dan kegilaan aku menjadi semakin parah!!! Aduh, aku nak aku nak aku nak! Dia siap jual lagi Mr. Polaroid a.k.a Instax ni! Chett!

Choc & White
Mr. Polaroid a.k.a Instax dan hasilnya. Nice!

Ms. Saffawati ni ada mention pasal harga Mr. Polaroid a.k.a Instax ni. Lepas aku congak kira tambah tolak bahagi semua, ada la dalam RM400-500 cost nya. Oh, Mahal lagi DSLR rupanya! :P

p/s: Maybe aku kena capabkan blog aku and then join Nuffnang kot untuk merealisasikan impian diri. Hehe, btw I'm not into that nuff nuff stuff la! :P